daily planner



Stick-it notes

Sunday 14 June 2015

Bye2 Hokkaido! Ada rezeki nak datang lagi..

Memandangkan mada di Jepun cuma dapat 10 hari je and banyak lagi tempat nak cover, maka nak tak nak kena lah ucapkan selamat tinngal kat bumi Hokkaido, Sapporo terutamanya. Plan memang nak ke Tokyo after Hokkaido.
Di Tokyo, Naza stay di area Akasuka. Nama hostel yang Naza stay Khaosan Tokyo Original. Hostel ni dekat dengan stesyen metro. Untuk harga terkini, sila lah check harga di Skyscanner ye. Naza beli dulu memang harga hostel ni paling murah di Tokyo. Termasuk tax, harganya under RM60 per night.
Dari hostel di Sapporo, Naza bergerak ke New Chitose Airport menggunakan bas. Tambangnya masih sama macam dari airport ke bandar Sapporo, tetap 1030yen. Kalau nak naik bas, kena cari bus stop yang macam ni:



Bas ada dua jenis, naik mana2 pun sama je destinasi dan tambangnya. Naza naik pagi2 pun dah ada beberapa orang penumpang, so jangan la takut sunyi or rasa tak selamat ye. Ni pulak jadual bas. Kabur sikit sebab kertas tu memang dah nampak seasoned, tambah la pula kamera handphone Naza ni bukalah canggih bebeno:



Dalam entry sebelum ni Naza ada terangkan yang kita perlu print boarding pass di airport sendiri if kita naik penerbangan Peach, so make sure lah print boarding pass di kiosk Peach kat airport nanti. Akan keluarlah boarding pass yang macam ni:



Untuk harga flight ni, Naza menggunakan aplikasi Skyscanner untuk semak harga. Harga tiket lebih murah dari laluan Osaka ~ Hokkaido hari tu memandangkan dari Hokkaido ke Tokyo lebih dekat jaraknya. Yang pasti, below RM150 sehala. Tips kat sini, sila subscribe Skyscanner price Alert supaya senang kita tengok perubahan harga semasa tiket.
Perjalanan dari Hokkaido ke Tokyo tak banyak yang boleh cerita sebab macam perjalanan sebelumnya, Naza tido dengan agak nyenyak dalam flight. Hehehe. Tau2 je dah nak sampai. Dah sampai, Naza terus menuju ke train, ke JR information counter untuk claim my JR Pass. JR Pass ni Naza beli di booth JTB Malaysia di KLCC (dalam Isetan). Harga pass ni untuk 7 hari RM902. Dengan pass ni kita boleh berjimat sebab kita boleh guna segala jenis train (except for dua jenis Shinkansen yang super laju). Shinkansen ada beberapa jenis, so even kita tak dapat naik yang 2 jenis pun sebenarnya pass ni sangat2 lah berbaloi dan menjimatkan kos pengangkutan kita if kita sentiasao bergerak menggunakan train.
Semasa beli pass di JTB, diorang akan bag kita satu voucher, yang akan kita tukar di information counter JR ni. Ni lah rupa pass sebenar after kita buat pertukaran di kaunter ye kawan2:





Ok, dah dapat pass, pegawai di kaunter akan tanya kita, kita nak pergi mana lepas ni. Naza pun jawab nak ke Asakusa, so pegawai tu bagi satu tiket untuk train dari airport and beritahu pulak cara bagaimana nak ke Asakusa dari airport. Perjalanan Naza hari tu macam ni Narita Airport ~ Tokyo Station ~ Ueno Station ~ Asakusa Station (metro). Kiranya dari Ueno ke Akasuka Naza tak boleh guna JR Pass sebab guna metro. Yang lain memang belasah pakai JR je. Ok, nak ke Asakusa Station korang boleh amik metro Ginza line dengan tambang sebanyak 170yen.
Dah sampai Asakusa, kita gi cari makan lah. Lapar wei..
So, untuk catatan yang berikut Naza akan cerita tentang restoran Upin Ipin yang ada kt Asakusa ye. Till we meet again..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...