daily planner



Stick-it notes

Saturday 13 June 2015

Jalan2 sekitar bandar Sapporo

Setelah berjalan2 di sekitar Otaru yang bersih, cantik dan mendamaikan, tibalah pulak masa nak balik semula ke hostel sebab hari pun dah lewat. Perjalanan dari stesyen Minamiotaru ke stesyen Sapporo berjumlah 640yen. Sekali lagi, if ada kamera yang berkualiti, cuba cari tempat duduk sebelah tingkap sebab boleh ambil gambar pemandangan tepi laut on the way back to Sapporo.
Dah sampai bandar Sapporo, Naza just jalan kaki saja and follow signboard yang ada di sekitar bandar untuk ke beberapa tourist attractions yang ada. Antara yang sempat Naza pergi adalah Odori Park. Odori Park ni tempat orang Sapporo melepak. Waktu Naza pergi ada beberapa orang sedang practice main gendang di park ni, so sambil2 duduk kat park boleh la dengar muzik. Odori Park ni juga kaya dengan bunga2 yang ditanam ikut musim. Naza tak berapa kenal bunga tapi waktu Naza pergi, ni lah bunga yang ada :





Bersebelahan dengan Odori Park ni ada menara yang juga observatory tapi Naza tak naik pun menara ni memandangkan tak mau membazir duit. Di Jepun, kalau observatory selalunya mengenakan fee sebanyak 700yen ke atas. Ni la rupanya menara tersebut:



Jalan2 lagi jumpa la pula the Old Clock Tower ni. Difahamkan kalau nak masuk dalam bangunan memang dikenakan caj tapi wakti Naza lalu, bangunan pun dah tutup, boleh ambil gambar dari luar je. Ramai juga la tourist yang singgah ambil gambar di luar clock tower dan bangunan ni juga memang terletak di pekan Sapporo, jadi kalau anda singgah di Sapporo, jangan lupa snap sekeping dua gambar mercu tanda Sapporo ni ye.



Satu lagi, semasa berjalan2 sekitar Sapporo, Naza Isma juga sedar yang burung hantu merupakan salah satu mercu tanda Hokkaido. Jadi, ada lah beberapa bangunan di sini yang akan ada statue burung hantu macam contoh ni:



Cute kan? Naza memang suka burung hantu, so memang suka tengok hiasan burung hantu macam ni. Hehehe
Lepas jalan2 sekitar Sapporo, Naza pun balik hostel untuk berehat. Nanti sambung cerita apa yang berlaku pulak ye. Thank you for reading...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...