daily planner



Stick-it notes

Thursday 9 April 2015

Day 2 - Fremantle Chocolate

Selepas membeli buah - buahan segar dan manis di Fremantle Market, kami pun decide nak pergi Fremantle Chocolate. Dah nama pun chocolate, jadi memang boleh agak la apa yang ada kat tempat ni kan? Bagi yang suka coklat memang boleh singgah but if tak minat, tak perlulah masukkan dalam itinerary.
Dari Fremantle Market, keluar ikut pintu market yang Naza letak dalam entry sebelum ni. Turn right and go straight on. Kedai ni bertentangan dengan satu church yang terletak beberapa blok dari Fremantle Market. Hari tu kami terlepas juga lah kedai ni, sebab tak perasan signboard dia. Dah dok depan church baru la nampak mana nak tuju.

Nampak tak signboard Fremantle Chocolate tu? Situ la tempat tujuan kami hari tu.

Masuk - masuk je dalam premis ni, kami diberikan free samples of chocolate dan.. 

Jangan terkejut dengar orang cakap Melayu dalam kedai ni sebab akak ni memang orang Malaysia, dari Selangor, berkahwin dan menetap dengan orang tempatan.

Kami dikira agak bertuah sebab akak ni (maaf, lupa nama) last jaga kedai hari kami pergi sebab esoknya dia nak balik Malaysia kejap untuk hadiri majlis perkahwinan kawan di Bangi. Jadinya, dia lah rekemen coklat mana yang sedap dan coklat mana yang tak boleh makan. Untuk makluman, in case korang pergi bukan akak ni yang jaga kedai, jangan beli coklat perasa Rum & Raisin dan satu lagi Turkish Delight. Rum & Raisin sebab ada alcohol dan untuk Turkish Delight pula jeli yang digunakan adalah dari unsur haiwan. Yang lain - lain halal untuk dibeli.
Naza beli 3 kotak coklat yang berharga AUD40. Mahal? Mahal pun berbaloi. Memang sedap sangat especially perasa Coconut. Coklat Coconut ni memang sangat rekemen untuk korang beli. 

Antara produk yang dijual di sini.

Pemenang beberapa anugerah. Patutla coklat dia sedap.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...