daily planner



Stick-it notes

Thursday 9 April 2015

Day 2 - Fremantle Market

Hari ni nak cerita tentang tempat favourite Naza semasa berada di Perth, which was the Fremantle. Ada dua cara nak pergi Fremantle dari bandar Perth, samaada naik bas ataupun naik train. Kami memilih untuk naik train sebab melalui pembacaan, orang cakap naik train lagi best dari naik bas, boleh tengok pemandangan Fremantle yang cantik dari train dan sesungguhnya memang betul!
Macam mana nak pergi ke train station dari Malaysia Hall? Ada dua cara, either jalan kaki or naik je CAT Bus. If nak jalan kaki, masa yang diperlukan lebih kurang 10 - 15 minit. Kalau naik CAT bus pun hanya a few stops away je. Hari tu kami just jalan kaki. Just follow signs yang tulis to train station. Mana - mana cara yang korang guna untuk ke train station pun tak kisah lah coz dua-dua cara tak kena duit.

Pemandangan train station dari perhentian CAT Bus

Untuk dapatkan tiket di Perth Station, silalah beli dari mana - mana mesin tiket yang ada. Train station dia tak macam kat Jepun, kita memang kena guna mesin je untuk beli tiket. Kalau kat Jepun if kita takde duit kecil, kita boleh beli kat kaunter tapi kalau kat sini, sila lah pecahkan duit dengan beli air or apa - apa je kat mana - mana convenient store yang ada kat train station ni. Tambang sehala untuk ke Fremantle is AUD4.40. Kat mesin select 2 zones and bayar lah ikut tambang yang sepatutnya. Kalau tak silap, note paling besar yang mesin boleh terima untuk bayaran 2 zones adalah sebanyak AUD10. Kalau note paling kecil yang ada kat tangan lebih dari tu, pergi lah pecahkan duit siap - siap.
Dah sampai Fremantle Station, tempat pertama yang kami tuju was the famous Fremantle Market. Nak ke sana boleh naik bas, tak perlu bayar sebab tiket yang kita beli dari Perth Station tadi tercatat jam berapa tiket expired and percayalah, sampai Fremantle masa masih berbaki lagi. Nak naik bas yang mana ye? Ok, depan Fremantle Station banyak bas. Nak check bas mana boleh naik refer risalah yang terdapat di station. Frankly speaking, nak berjalan kaki ke Fremantle Market pun not a bad idea sebab jaraknya tak jauh sangat plus sambil - sambil tu boleh la tengok - tengok bangunan di Fremantle yang bagi Naza, sangat la cantik.


Rupa Fremantle Market dari luar, kalau nampak bangunan ni maksudnya korang dah sampai.

Market hanya akan dibuka pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari Isnin pula only if it falls on public holidays. Rancang perjalanan anda sebaiknya.

Apa ada dalam Fremantle Market ni? Kami just beli buah - buahan segar kat sini. Bila sebut segar, memang gred buah yang dijual adalah yang terbaik. Anggur, nectarine, plum dan peach antara buah yang kami beli, Honestly memang puas hati sangat. Dah lah saiz nya besar, manis pula tu. Selain dari buah - buahan, dalam market ni ada jual cenderamata, produk orang asli Australia, barangan fesyen dan kecantikan dan banyak lagi lah local products yang boleh buat kaki shopping teruja. Tapi Naza just beli buah je. Oh ye, dalam market ni juga ada booth makanan halal ye, so tak perlu la risau kalau tengah jalan - jalan perut pula lapar.
Nak tunjuk lagi beberapa gambar yang sempat diambil melalui kamera tua ku:






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...