daily planner



Stick-it notes

Friday 10 April 2015

Day 2 - E Shed Market Fremantle

Selepas membeli-belah buah di Fremantle Market dan coklat di Fremantle Chocolate, lokasi seterusnya kami nak tengok souvenir plak kt E Shed Market. Kalau kat Fremantle ni, nak beli souvenir boleh la beli kat sini sebab harganya lebih murah berbanding di Fremantle Market. Salah satu owner kedai barangan cenderamata tu explain yang barangan dijual lebih murah di sini berbanding Fremantle Market sebab harga sewaan adalah lebih murah. Bab tu kita tak perlu lah nak sembang panjang lebar. Jom kita tengok macam mana nak ke sana.
Dari Fremantle Chocolate, kita kena patah balik ke Fremantle Station, tempat kita turun train tadi. Jalan kaki je, tak jauh mana pun. Kat bawah ni ada gambar Fremantle Station:


Dari sini, turn left and tak berapa jauh dari station dah boleh sampai ke E Shed Market dah. Atau, kalau la dah rasa malas sangat nak jalan, naik je lah free CAT Bus yang ada kat sebelah stesyen ni je. Kami ari tu pun naik bas free je. Sayang nak bagi lenguh kaki. Hehehe. Nak pergi E - Shed turun kt bus stop Maratime Museum. Kat dalam museum tak pastilah ada apa sebab kami tak masuk pun. Tight budget travel macam kami ni selalu pergi tempat free je. Tapi kat perkarangan museum ada la benda - benda ni:

Monument bersejarah tentang peneroka Fremantle yang asal. 

Percaya tak, takde sebarang pagar dan halangan, boleh nikmati keindahan lautan Hindi yang Subhanallah cantiknya dan nun di seberang, port nya yang busy.

Naik tangga ke bangunan terbuka museum ni (free of charge) untuk ambil gambar pemandangan laut lepas. Nampak tak ada light house kat hujung sana?

Dah ambil gambar lebih kurang, kami pun gerak lah ke E Shed Market yang terletak sebelah museum. Gambar banyak lagi sebenarnya and kalau nak tengok sila lah ke FB Naza ye. Ni pula gambar - gambar E Shed Market Fremantle:


Sign E Shed Markets, hard to miss. Ample parking too.

Salah satu kedai menjual souvenir. Milik seorang Singaporean yang boleh berbahasa Melayu. Harga agak berpatutan. Kedai sebelah pun okay juga harga. Milik Indonesian. Bila pula nak ada Malaysian yang nak ada perniagaan kat sini ye?

Sebelum terlupa, sama macam Fremantle Market, kedai - kedai kat sini juga hanya dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad. Jadi, rancang lah perjalanan korang sebaiknya ye.

  






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...