daily planner

Saturday, 30 May 2015

The Round House,Perth

Laaamaaa nya la tak update blog. Bagi sesiapa yang menanti sambungan cerita cuti2 Perth tu minta maaf la bebanyak. Tak terkejar nak buat semua benda sekarang.
Jadi, jom la terus ke cerita destinasi seterusnya di Fremantle, which was The Roundhouse. Apa benda Roundhouse ni? Jom baca..


Dari destinasi terakhir kami sebelumnya, TheE Shed Market, kami berjalan kaki je ke sini. Tak jauh mana pun. Just follow the map and also the people yang rata2nya memang menuju tempat yang sama seperti kami. Bila dah sampai The Roundhouse, rupa bangunannya adalah macam ni :


Apa yang ada kat The Roundhouse ni? Anda akan disajikan pemandangan yang superb dari atas bangunan macam ni:





Tambah istimewa, ada satu meriam yang masih digunakan sehingga ke hari ini. Tepat jam 1 petang setiap hari, meriam akan ditembak ke laut. Kalau nak tengok upacara tu, make sure ada kat sana jam 1 p.m. ye. Kami hari tu tak tunggu pun sebab perut dah over lapar, terus turun cari fish and chips kat restoran berdekatan.


Adakah berbaloi singgah ke The Roundhouse? Kalau anda suka pemandangan laut biru luas mata memandang, bangunan sekeliling yang menarik dan klasik serta minat sejarah, silalah berkunjung ke sini. Plus, it's FREE!! But if rasa nak menderma demi memelihara bangunan bersejarah ni, anda sangat dialu - alukan untuk berbuat demikian.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...