daily planner

Tuesday, 23 December 2014

Usman Restaurant Bangkok

Ok, lepas kami seronok bukan main bergambar, tibalah masanya untuk makan, perut dah lapar sebab pagi just makan murtabak je. Check di internet kami pun decide nak cuba makan di Usman Restaurant.
Restoran ni terletak di area Sukhumvit jadinya kami turun mrt Sukhumvit lah. Dari stesyen ke restoran kalau nk ikut landmark paling dekat ialah Queen Imperial Park Hotel. Kalau rasa ada bawa orang tua dan kanak - kanak tu better naik tuk - tuk sebab agak jauh juga la nak menapak dari stesyen mrt.
Kami makan set untuk dua orang. Satu set harganya THB290. Air tak dikira, kena order lain. Jangan lupa juga rasa pulut mangga sebab sedap gila. Overall, saya dan rakan memang puas hati dengan rasa setiap makanan kat sini. Plus, layanan yang baik dari owner pun cukup memuaskan hati.
Oh, ye! Bilik untuk solat juga ada disediakan di sini, jadi tak perlu la kalut nak cari masjid bila dah sampai area ni. Minta saja pada one of the workers untuk tunjuk bilik solat. Selesai tanggungjawab yang satu tu nanti, in shaa Allah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...