daily planner



Stick-it notes

Tuesday 23 December 2014

Chatuchak Weekend Market

Ok, next kita pergi shopping plak. Memandangkan hari kami pergi adalah pada waktu weekend, kami tak melepaskan peluang untuk ke weekend market yang dikatakan terbesar di Asia.
Sehari sebelumnya, kami bersembang dengan orang Malaysia yang sama - sama stay kat De Talak. Kata mereka, Chatuchak tak best, xde apa pun yang menarik. Nampaknya apa yang diorang cakap tak sama lah macam apa yang kami baca di internet.
Tapi memandangkan memang tempat ni termasuk dalam itinerary, kami tekad pergi juga nak tengok. Cuma ikut perancangan awal nak pergi pagi tapi mengikut maklumat kawan yang kerja di Bangkok, jangan pergi pagi sebab banyak kedai yang dibuka agak lewat. Nak meriah pergi lebih kurang pukul 2 petang waktu local.
Makanya, kami pun sampai petang, dalam pukul 3.30 lebih kurang. Kalau naik mrt, stesyen untuk ke weekend market ni kat Chatuchak Park. Dari stesyen tu ikut je orang yang berjalan ramai - ramai. Sampailah nanti.
Memang betullah kata kawan tu, datang petang, baru meriah. Baru la banyak benda boleh borong sebab banyak kedai dah buka. Kalau rasa lapar dan dahaga pun jangan risau, ada je gerai - gerai makanan halal kat sini.
Nak shopping memang sesuai sangat la pergi Chatuchak. Cuma satu je kena ingat, ia hanya ada pada waktu weekends. Satu lagi info penting, kedai - kedai akan mula ditutup bermula pukul 7 petang tapi ada je peniaga yang jual barang mereka tepi jalan ala - ala night market gitu la.
Satu benda yang pasti kat sini, jangan lah terlalu ikut apa orang kata. Kalau rasa nak pergi, pergi je, experience sendiri. Bagi saya dan rakan, berbaloi je pergi Chatuchak. Orang lain mungkin pengalaman tak sama. Atau mungkin mereka pergi terlalu awal, waktu kedai masih belum buka sepenuhnya?
Berkaitan saiz, memang betul tempat ni sangat besar. Ingat masuk dari pintu mana ye. Disebabkan saya memang ada data internet, nak keluar tu saya guna gps, kalau tak memang la sesat tak jumpa pintu keluar. Hahaha. Selamat bershopping ye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...