Kobe..
Tak tergambar betapa saya suka akan bandar ini sepanjang berada di Kansai. Kota metrapolitan yang sangat berbaloi untuk dikunjungi. Kobe bertuah kerana mempunyai landskap semulajadi yang mengagumkan. Dengan adanya pelabuhan Kobe yang terkenal yang sinonim dengan The Great Hashin Earthquake dan gunung - ganang menghijau membuatkan udara di Kobe lebih nyaman berbanding Kyoto dan Osaka.
Apakah cara terbaik untuk menikmati keindahan Kobe secara keseluruhannya? Tempat tinjauan ataupun dalam bahasa Inggerisnya disebut observatory adalah jawapan yang terbaik. Kobe mempunyai beberapa bangunan tinggi ataupun tower yang boleh kita kunjungi jika ingin melihat pemandangan Kobe. Kalau lebih suka sesuatu yang unik, boleh juga mencuba untuk menaiki ferris wheel yang terletak di kawasan Port of Kobe.
Untuk wisata kami, Kobe City Hall's Observatory menjadi pilhan kerana kedudukannya yang berhampiran dengan tempat permulaan kami iaitu di Steyen Sannomiya dan juga kita boleh menikmati pemandangan Kobe tanpa perlu membayar satu sen pun. Pemandangan indah ini boleh dilihat secara percuma dan tiada sebarang prosedur khas yang perlu ditempuhi pelancong jika ingin ke observatory ini. Apa yang anda perlu lakukan hanya pergi ke bangunan Kobe City Hall dan naik lif ke tingkat 25 (jika tidak silap saya), ikut sahaja signboard dan anda akan kagum dengan apa yang anda lihat dari atas bangunan tersebut.
Berikut adalah beberpa keping gambar yang telah saya ambil sempena lawatan kami ke bangunan tersebut :
Kenapa Aku ke Jepun?
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Semoga semua sihat-sihat belaka.
Kenapa aku memilih Tokyo daripada daerah-daerah lain di Jepun untuk kali
per...
1 week ago
No comments:
Post a Comment