daily planner



Stick-it notes

Saturday 20 September 2014

Yodobashi Umeda

Setelah keluar je dari flight, saya terus mencari - cari kaunter ABC untuk mengambil wifi yang saya sewa selama 5 hari di Osaka. Wifi free di Osaka tidaklah sebaik di Korea Selatan dan saya cadangkan jika anda memang seorang heavy user untuk internet, better sewa wifi. Kadar sewaan untuk 5 hari termasuk insurans dan kos penghantaran adalah lebih kurang rm195. Wifi ni blh kongsi beberapa devices, jd pakat - pakat lah dengan travel buddies anda untuk menyewa. Sewaan pula kena buat melalui internet sekurang - kurangnya 3 hari sebelum sampai di Osaka. Saya terjumpa PuPuru rental wifi ni melalui web JTB Malaysia.
Dah ambil wifi di kaunter ABC, saya terus ke tingkat 2 untuk mengambil train dari KIX ke Namba Station. Di tingkat 2 ni ada dua syarikat berbeza yang menyediakan perkhidmatan dari KIX ke Osaka. Yang kami ambil was Rap:t yang dikendalikan oleh Nankai Electric Railways. Kqmi beli tiket kat kaunter and tiket yang dibeli adalah tiket Yokoso Osaka. Bila kita beli tiket ni, banyak yang boleh jimat sebab selain tiket keretapi yang memang selesa giler, kita juga dapat 1 Day Osaka Pass di mana kita boleh guna semua subway di Osaka selama satu hari secara unlimited ride. Pergilah ke pelosok mana pn di Osaka pakai pass ni, xde bayaran tambahan. Kos untuk tiket Yokoso Osaka adalah sebanyak 1500yen.
Train Rap:t akan berhenti di stesyen Namba. Kami turun di Namba dan meletakkan beg- bag kami yang berat di dalam locker yang banyak disediakan di sekitar stesyen. Jika sekiranya anda lupa di mana kedudukan locker anda, just tunjuk kunci anda dekat mana- mana kaunter stesyen master and mereka akan beritahu lokasi sebenar.
Dari Namba, kami ambil subway pula ke Station Umeda. Hajat hati kami nak naik Hep5 tapi tak terjumpa pula even dah boleh nampak Hep5 depan mata. Dalam proses sesat dan terpinga - pinga tu lah mata saya terus terpandang bangunan Yodobashi Umeda. Saya pun terus mengajak kawan- kawan singgah sebab memang saya berhajat nak beli travel cooker di sana. Dah survey dari malaysia lagi sebenarnya. Memandangkan komunikasi mungkin menjadi masalah untuk rakyat Malaysia ke sana saya cadangkan jika anda memang nak membeli sesuatu di Yodobashi atau Bic Camera printscreen kan benda yang anda nak then tunjuk kepada mana- mana jurujual. Nanti mereka akan tunjukkan di mana sebenarnya anda harus tuju. Kalau tak terpaksa lah anda berpusing - pusing dalam satu bangunan yang teramatlah besarnya ni.
Setelah mendapat barangan yang dihajati dengan harga yang berpatutan, lebih kurang 4800 yen, saya dan kawan pun keluar dari Yodobashi nak keluar semula mencari Hep5. Namun, sesuatu yang lain pulak terjadi bila kami terpisah antara satu sama lain....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...