daily planner

Friday, 19 September 2014

Memecah awan biru





















Terima kasih kepada syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, saya akhirnya dapat menunaikan hasrat saya sejak kecil iaitu untuk menjejak bumi Jepun. Saya telah membeli tiket promosi dari laman web AirAsiago.com. Bayaran untuk tiket pergi balik dan hostel untuk 5 hari 4 malam adalah sebanyak RM9++ sahaja (maaf, tak berapa ingat pula berapa kos sebenar). Kalau teringin nak jejak bumi Jepun dengan harga yang murah tu, rajin - rajin lah semak website Air Asia ye.
Gambar - gambar ni diambil semasa kapal terbang sudah hampir menadarat. Untuk info, kapal terbang Air Asia mendarat di Kansai International Airport atau singkatannya KIX. KIX ni agak unik sebab seluruh kawasan lapangan terbang adalah di pulau buatan yang ditambak. Agak cuak lah juga tengak kapal terbang landing sebab keliling landasan adalah air laut. Namun, ia tetap satu pengalaman yang menabjubkan.
Di entry yang seterusnya saya akan kongsikan pula bagaimana caranya untuk ke bandar Osaka dari KIX. Stay tuned..

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...