daily planner



Stick-it notes

Saturday 20 September 2014

Bila terpisah..

Lepas habis membeli belah kt Yodobashi Umeda, saya dan kawan - kawan ingat nak teruskan hajat naik Hep5. Tanpa disangka - sangka kami terpisah bila saya dan seorang lagi rakan nak gunakan lif meanwhile yang berdua lagi naik tangga. Bila dah terpisah tu masing - masing bawa diri sendiri. Nak contact sesama sendiri pun tak boleh sebab line. Nak guna wifi pn limited coverage, bila berjauhan memang xleh la nak Whatsapp.
Setelah berpusing - pusing mencari kawan - kawan dan masih tak berjumpa, saya pun decide untuk kembali semula ke Namba Station dan terus check in hotel.
Dah sampai Namba, saya tiba - tiba hilang ingatan pulak kat mana lah locker tempat kami simpan beg tadi. Setelah berpusing - pusing, kawan pun pergi berjumpa dengan seorang station master dan tunjuk kunci. Bagusnya sistem orang Jepun ni, setiap station master ada simpan buku log yang menunjukkan lokasi locker kita. Kalau lupa pun jangan risau, pergi je kaunter tiket, selesai masalah.
Dari Namba, kami ambil subway line Midosuji ke Dobutsuemae. Kalau nak dekat, dinasihatkan ambil line Sakai-suji, berjalan tak lah jauh sangat berbanding line Midosuji.
Nak ke Diamond Hotel, ikut je sign Exit 8. Dari Exit 8 ambil belah kiri dan jalan dalam 2, 3 minit dah sampai. Memang Diamond Hotel sangat direkemen untuk travellers yang mencari penginapan yang dekat dengan public transport. Bukan sahaja subway, JR loop line pun dekat, hanya jalan kaki je.
Selamat ke kawasan ni? Saya pergi one piece, balik pun one piece juga, Alhamdulillah. Dari segi keselesaan pula, bilik di sini mmg basic, in fact, kawan saya cakap mcm duduk dalam locker pun ada tapi bagi saya, itu pun mencukupi sebab nak singgah di hostel setakat mandi dan tidur, banyak waktu lebih ke jalan - jalan. Yang lelaki mungkin rasa agak kurang selesa tinggal di sini sebab shared toilet nya terbuka, maksudnya nak mandi tu jangan terkejut if nampak ada yang naked. Huhuhu
Yang perempuan jangan risau, toilet untuk perempuan bertutup and betul - betul privacy. Bertuah saya jadi perempuan ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...