daily planner



Stick-it notes

Tuesday 23 September 2014

Yasaka Shrine

Lepas perut penuh diisi, kami pun mulakan pula agenda pusing keliling Kyoto kami. Keluar je dari Rose Cafe, saya mula confuse nak menghala ke mana sebab area masjid ni tak dilalui oleh Raku Bus 100, 101, 102. Maksudnya kami kena naik bas bernombor lain (tiada caj tambahan, masih pakai 1 Day Bus Pass). Disebabkan kami nampak termanggu - manggu, ada lah seorang awek Jepun ni datang menghampiri kami dan bertanya nak ke mana. Setelah tunjuk peta Raku Bus yang kami dapat beserta pass, dia menahan sebuah bas yang bernombor 203 dan bertanya dengan pemandu samada bas tersebut pergi area Gion atau tidak. Berkat kebaikan orang Jepun, kami pun dihantar sampai ke depan shrine :)
Yasaka Srine ni adalah sebuah shrine yang famous di Kyoto sebab dikatakan maiko dan geisha selalu berkunjung ke sini dan kalau melawat pada bulan Julai, ada perayaan Gion Matsuri diadakan di sini. Berikut adalah gambar sekitar shrine yang diambil melalui lensa murah saya :

Pintu masuk shrine tempat bas berhenti.

Sebelum masuk shrine, pengunjung yang nak berdoa membasuh tangang diorang kat sini.

Main hall. Kat luar tu ada tergantung loceng yang akan dibunyikan sebelum berdoa.

Satu lagi entrance ke shrine ni.

Dance stage. Tanglung yang tergantung tu ditulis nama penderma yang banyak memberi sumbangan kepada shrine.

Pintu masuk ke Maruyama Park yang terletak bersebelahan shrine. Park ini terkenal dengan cherry blossom spot di Kyoto. Memandangkan pergi bukan musim cherry blossom, tak de apa yang menarik kami boleh lihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...