daily planner



Stick-it notes

Monday 22 September 2014

Masjid Kyoto dan makanan halal

Setelah berposing dan snap a few pictures beserta dimalukan oleh bunyi alarm yang membingitkan telinga, kami beredar dari Kyoto Imperial Palace. Berbekalkan Google Map, kami pun bergerak mencari masjid sebab waktu Zuhur pun dah masuk. Dalam peta masjid ni tak lah jauh mana pun dari istana, jadi kami pun decide tak payah naik bas, just jalan kaki aje.
Realiti dengan peta tak selalunya sama bila kami terpaksa menapak agak jauh juga lah dari istana ke masjid tu. Yang lagi hampeh, masjid ditutup pada setiap hari Isnin (ni pun kes kurang selidik juga ni sebab ye lah, kat Malaysia mana ada masjid buka tutup ikut hari ye tak?). Kami cuba la untuk contact pihak yang berkenaan sebab nak pinjam facility solat je but tak dapat nak contact nombor yang tertera kat pintu masuk masjid tu.
Dah habis ikhtiar, kami try pula cari restoran makanan halal sebab perut masing - masing pun dah pedih, dah minta diisi. Melalui pembacaan di Google, saya dah sedia maklum yang terdapat sebuah cafe yang letaknya tak jauh dari masjid yang bernama Rose Cafe. Sekali lagi, buka Google Map untuk kemudahan navigation tapi lawak juga la, tak dan pun nak navigate, Rose Cafe dengan masjid tak jauh mana pun. Berada di bangunan sebelah je. Masjid terletak ke dalam sedikit meanwhile Rose Cafe terletak betul - betul tepi jalan.
Saya pesan Set Rose Cafe yang dalamnya ada nasi putih (Japanese rice), kebab ayam, sedikit salad dan seketul daging (macam daging burger tu). Sepinggan set ni harga nya 900yen. Air tak perlu order sebab kebanyakan restoran di area Kansai ni akan bagi air kosong secara percuma. Kalau rasa tekak cuma boleh terima air manis je, apa salahnya order air lain. Macam mana rasanya makanan yang saya makan ni? Well, bagi saya rasanya biasa - biasa je cuma disebabkan halal saya bedal tanpa was - was. Yang sedap betul waktu kami makan di Kobe. Yang tu, lain kali saya cerita pulak...


Gambar - gambar di atas diambil dari Google.

Muka letih dan berminyak. Agak - agak, jauh tak kami berjalan?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...