daily planner

Tuesday, 23 September 2014

ABC

Ok, kita tinggalkan sekejap cerita Osaka. Ni nak cerita bab makan pulak. Waktu blk dari Osaka tempoh hari, saya belek la magazine yang ada dalam flight nak bagi hilang bosan, alih - alih mata tertarik dengan satu artikel yang tajuknya Things you Should do in Malaysia (lebih kurang la). Mata ni terpaku kat gambar ABC. Nampak betul - betul menyelerakan. Once captain bagi announcement yang plane akan mendarat sambil mengucapkan "To all Malaysians, welcome home!" hati dah melonjak - lonjak nak pergi cari ABC.
Tapi kan.. bila pergi gerai - gerai sekitar Taiping ni tanya ABC tak de la pulak. Malas nak makan yang belakang bomba tu, dah terkena tak sedap langsung.
Jadi...
Tadi masuk lah ke OldTown White Coffee, order set makan petang and tambah ABC. Orang keliling tengok mesti cakap banyaknya budak ni makan sorang - sorang. Tapi kalu dah teringin tu, malu, segan, tolak tepi. Yang penting bedal je :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...