daily planner



Stick-it notes

Monday 22 September 2014

Imperial Palace and Imperial Park

Dah puas snap gambar fashion show kami pun gerak lah ke lokasi yang seterusnya iaitu Kyoto Imperial Palace. Hajat di hati memang nak masuk melawat istana tapi dek kerana terlepas pandang a.k.a. tak buat research betul - betul, kami pulang hampa sebab istana ni ditutup setiap hari Isnin T_T .. Bukan rezeki kami lah nampak gayanya. Pada yang memang berniat nak tengok istana ni sila pastikan korang tak pergi hari Isnin ye.
Satu lagi nak pesan, if nak bergambar kat istana ni, please make sure korang tak terlalu dekat dengan bangunan. Kalau tak malu sendiri bila alarm menjerit - jerit. Kami terkena and memang terkejut besar. Puncanya, ada seorang dari kami berdiri sangat hampir dengan tali penghadang istana. Huhuhu..
Di sekeliling istana ni memang ada beberapa bangunan yang macam istana juga la lagaknya tapi tu lah, kami tak tahu apa fungsi setiap bangunan memandangkan pejabat tutup hari Isnin. Selain dari tu ada juga taman yang dipenuhi warga Kyoto untuk beriadah. Memang tempat ni selalu penuh dengan orang tapi orang Jepun ni sangat polite, beriadah pun boleh dalam keadaan senyap sunyi macam tak de orang je lagaknya.
Entry yang berikutnya saya akan ceritakan tetang kami mencari Masjid Kyoto dan restoran makanan halal di sana.

Bagunan yang berdekatan dengan Kyoto Imperial Palace, tak boleh baca kanji so tak pasti bangunan apa ni..

Salah satu gate istana..

Pokok bonsai sebesar - besarnya memenuhi Kyoto Imperial Park.

Luas kawasan istana ni, lenguh juga la kaki berjalan..

Satu lagi bangunan dalam kawasan istana..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...