daily planner



Stick-it notes

Sunday 21 September 2014

Nishijin Textile Centre

Hentian pertama kami di Kyoto ialah Nishijin Textile Centre. Waktu beli bus pass map laluan bas akn diberi sekali dan tempat ni memang ada dlm laluan Raku Bus. Sebelum hentian pun, ada announcement dalam bas yang berbahasa inggeris. If nak turun, tekan je button.


Ada apa kat sini ye?

Model sejarah pembuatan kraftangan di Nishijin Textile Centre. Ada penerangan dalam Bahasa Inggeris juga. Kalau berminat nak dengar just press the button.

Beberapa alatan tenunan. Actually mata saya tengok alatan tenunan di sini tak banyak beza pun dengan alat tenunan songket Malaysia.

Yang ini staf yang bertugas di tingkat 2. Tingkat 2 ni adalah tempat jualan kraftangan yang dibuat di Nishijin Textile Centre. Saya nasihatkan jika ada jumpa sebarang kraftangan yang berkenan di sini, better terus beli sebab di tempat lain kalau ada yang jual barangan dari Nishijin Textile Centre harganya mencecah sekali ganda berbanding di sini. If nak yang biasa - biasa je di sekitar bandar Kyoto pun ada cuma bezanya dengan keluaran di sini, mutunya lebih bagus.

Kalau berminat dengan kimono, di sini ada fashion show setiap sejam bermula pukul 10 pagi waktu tempatan. Macam - macam jenis ada, dari yang nampak biasa - biasa aje sampai lah yang nampak ekslusif. Nak sewa kimono pun boleh, diorang siap make up bagai tapi kami rasa agak membazir sebab harga sewa bermula dari 3000yen. Mahal tu. Better ambil gambar saja dah cukup. Budget travel lah katakan. Buat apa nak perhabis duit tak pasal - pasal ye dak?

Ke mana pula lepas tengok fashion show ye?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...