daily planner



Stick-it notes

Sunday 21 September 2014

Dari hotel ke Kyoto

Setelah survey cara yang paling murah untuk bergerak dari hotel ke Kyoto, kami meneruskan perjalanan. Nk murah of course la kena bersusah sikit (sikit je, tak la susah mana pun) cuma tukar line sahaja, dari subway ke train JR. Caranya ialah dari Hotel Diamond, ambil subway Midosuji Line ke dan berhenti di Stesyen Umeda. Dari Stesyen Umeda pula berjalan dalam 5 minit ke stesyen Shin Osaka untuk ambil train JR direct ke Kyoto. Kalau rasa poket tebal boleh la ambil shinsaken (bullet train) tapi kami ambil yang biasa je. Total kos untuk perjalanan sehala ni ialah 800yen.
Train di Jepun ni (yang biasa, bukan bullet) ada beberapa line pula, nak naik kena tgk jenis sebab beza antara setiap satu ni ialah masa sampai, samada cepat atau lambat. If nak sampai lebih cepat avoid train yang tertera local sebab train ni berhenti di semua stesyen berbanding yang limited express.
Train ke Kyoto akan berhenti di Kyoto Station. Stesyen ni besar. Ada banyak syarikat train beroperasi kat sini. Kiranya macam pusat pengangkutan jugalah Kyoto Station ni. Perkara pertama kami buat once dah sampai station was mencari Tourist Information Centre. selain nak dapatkan map free, kami nak beli 1 Day Bus Pass sebab kami nak gunakan bas sahaja untuk bergerak di sekitar Kyoto. Kami punya konsep naik Raku Bus bernombor 100, 101 dan 102 (sebab bas nombor - nombor tersebut berhenti di tempat pelancongan) dan pusing sekitar Kyoto selarat kaki melangkah.
Harga 1 Day Bus Pass ni 500yen untuk sekeping. Stesyen bas terletak betul - betul di luar Kyoto Station. Nak naik kena beratur (orang Jepun sangat tertib, so jangan potong line ye). Ada mat and mina saleh kena tegur sebab diorang potong barisan. Berbeza dengan Malaysia, untuk naik bas di Kyoto kita kena naik dari tengah dan turun dari depan. Waktu pertama kali nak turun dari bas bila dah sampai destinasi pass yang dibeli tadi masukkan dalam mesin sebelah pemandu. Mesin tu akan cetak date kat pass kita. Bila kita naik bas untuk kali yang seterusnya just tunjuk pass kita pada driver (yang ada tertera tarikh tu).
Berbaloi sebenarnya beli 1 Day Bus Pass ni. Nanti saya akan ceritakan pula kami ke mana dengan pass kami. Tunggu ye..

1 Day Bus Pass 500 yen

Suasana dalam subway waktu tak sibuk

Sempat posing lagi dalam subway

2 comments:

  1. Best nya...
    Nanti bleh baca balik blog ni utk buay rujukan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. saya akan try update bila ada masa. cuba untuk kongsi pengalaman yang tak seberapa utk rakan2 yg berhasrat nk berkunjung ke osaka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...