daily planner



Stick-it notes

Sunday 21 September 2014

Berpagi - pagian

 Selain berjalan kaki, kebanyakan orang Jepun juga suka berbasikal. If stay di Diamond Hotel, basikal diberi percuma untuk kita sightseeing sekitar hotel.

 Suasana sekitar hotel.

Diambil dari Family Mart yang berdekatan dengan hotel.

Jepun ~ negara matahari terbit. Bila dah terbit dulu tu, faham - faham sahajalah, waktu of course tak sama dengan Malaysia. Makanya, kami berempat bangun awal, lebih awal dari waktu di sini.
Perancangan hari kedua kami ialah nak jalan - jalan sekitar Kyoto. Selepas bersarapan ala kadar dengan roti Gardenia dan peanut butter yang dibawa dari Malaysia dan kawan pula menggunakan cooker saya yang baru dibeli untuk masak pek Brahims (itulah gunanya beli travel cooker tu), kami pun mula lah bergerak. 
Keluar je dari hotel nak menuju ke subway, mata terpandang Family Mart di seberang jalan dari hotel. Malam semalam semasa nak ke hotel tak pula perasan, jadi apa lagi, kami pun serbu la Family Mart tu beli kelengkapan nak berjalan. Saya sendiri beli onigiri tuna dan air untuk bekalan. Kawan dan sepupunya pula menikmati kopi panas di Family Mart. Beberapa hari kami di Osaka Family Mart ni pun dah memang jadi macam rumah keluarga sebab selalu sangat kami menyinggah. Hehehe. Selain Family Mart, Lawson pun terletak tak berapa jauh dengan hotel. Boleh dikatakan hotel ni location wise memang superb.
Dah singgah Family Mart tu, apa lagi, Moh ke Kyoto!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...