daily planner



Stick-it notes

Wednesday 24 September 2014

Warna warni sekitar Gion

Gion merupakan sebuah kawasan yang sangat menarik dan penuh warna warni. Di sini kita boleh tengok ramai wanita Jepun dan juga dari luar bergerak bebas dengan memakai kimono, pakaian tradisi masyarakat Jepun. Selain dari kimono, yang betul - betul menarik perhatian kami adalah deretan kedai menjual makanan tradisional Jepun yang penuh dengan display cantik - cantik, nampak sangat menyelerakan. 
Di sini juga terdapat beberapa kedai yang menjual cenderamata dan jika ada yang anda berkenan, beli aje. Di Osaka dan Kobe susah nak cari cenderamata berbanding di Kyoto.

Kedai ini display menu mereka. Nampak macam ais kacang kat Malaysia kan yang atas tu?

Ni semua produk berasaskan green tea.

Honestly, benda ni macam biskut sepit yang ada kat Malaysia tapi presentation nya meriah ya amat.

My travel buddy belanja ais krim teh hijau dan yang ini tauke kedai aiskrim. Rasa apa aiskrim ni? Well, teh hijau kan pahit dan kelat, tambah gula sikit, macam tu la rasa nya. Saya memang dah biasa dengan teh hijau, so makan sampai habis. Aiskrim berharga 420yen.

Sejenis kuih, juga untuk display. Kalau nak beli yang betul kena masuk dalam kedai beli. Kami tak beli sebab tak sure apa kandungannya. 

Yang ni memang cute. Bentuk selipar pun ada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...