daily planner



Stick-it notes

Tuesday 8 July 2014

Masjid Atta'awun
















Masjid yang sangat indah ini terletak di Puncak, Bogor. Kiranya kalau nak pergi tu, lepas bergambar puas - puas berlatarbelakangkan ladang teh, jangan lupa untuk singgah ke masjid dan menunaikan solat di sini. Bukan sahaja pemandangan sekeliling yang sangat catik, di perkarangan masjid itu sendiri memang sangat indah dan sebab itu lah ada yang datang ke masjid hanya untuk duduk - duduk menikmati pemandangan dan bergambar.
Kalau anda singgah di masjid ni, jangan lupa yang sebelum masuk ke perkarangan masjid kena buka kasut dan tinggalkan kat satu pondok simpan kasut. Jangan mengotorkan perkarangan masjid yang sentiasa terjaga kebersihannya. Kat podok simpan kasut ni ada tabung duit, sebolehnya masukkan lah sedikit wang ke dalam tabung tu seikhlasnya. Bukan apa, bila ada sumbangan, dapatlah pihak masjid menjaga keindahan masjid ni.
Masjid yang terletak di atas puncak bukit ni ada kolam ikan yang penuh dengan ikan hiasan. Air kolam dan air untuk basuh kaki memang sangat sejuk, sesejuk air di Cameron Highlands. Cuma, mungkin, yang agak mencacatkan pemandangan di sini ialah kehadiran beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu berdating di perkarangan masjid. Mungkin perkarangan masjid ni terlalu indah, jadi mereka ambil kesempatan untuk berdating pula kat sini. Di bukit yang bertentangan pula kita boleh nampak orang buat paragliding. Kami tak lah sampai buat aktiviti tu sebab nak bergegas pula ke Safari di Bogor.
Apa - apa pun, jangan lupa singgah masjid ni. Selain solat, ambillah masa beberapa minit untuk menikmati keindahan di masjid ini. Memang berbaloi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...