daily planner

Monday, 7 July 2014

Jus Sirsak




Sewaktu di Puncak, selain menikmati pemandangan dan berposing sakan berlatar belakangkan ladang teh, kami pun mengisi perut untuk makan tengahari di restoran yang terdapat di sini. Lupa pula apa nama restoran ni. Tapi harga makanan kat sini agak mahal dan ada kena caj tax pula tu..
Memandangkan masin - masing lapar, kami order la nasi goreng pattaya tapi kat sana tak panggil nasi goreng pattaya. Lupa pula nama nya apa. Supir kami pula makan nasi putih dengan sup kambing betawi. Orang Indonesia ni makannya tak banyak, cukup beberapa suap dah berhenti. Kami pula makan selagi tak licin pinggan memang tak sah. Sebab tu lah saiz mereka lain sikit dengan kita. Malaysians ni ramai yang ada masalah obesiti.
Sebenarnya saya dan seorang lagi rakan teringin nak minum jus sirsak sejak berkunjung ke Restoran Manjabal2 lagi, cuma waktu di Manjabal2, jus tu dah habis. Bila nampak je dalam menu ada jus sirsak, terus kami order. Sirsak ni kalau dalam bahasa kita maksudnya durian belanda. Yang best nya jus buah di Indonesia ni jus dia memang kaw, tak kedekut buah langsung. Memang puas hati minum. Hajat hati kami nak minum jus buah sirsak akhirnya tercapai lah kat sini. Memang puas hati :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...