daily planner

Wednesday, 9 July 2014

Tengok Gajah







Gambar - gambar gajah ni diambil di safari di Bogor. Menarik betul konsep safari ni. Semua haiwan di dalamnya lepas bebas temasuklah yang dalam kategori liar dan ganas macam singa dan harimau. Seronok sangat dapat merasai pengalaman berada berhampiran dengan haiwan - haiwan ni.
Sebelum masuk kami sinngah dulu beli lobak merah kat tepi jalan sebelum masuk safari ni dan memang dah terbiasa agaknya, bila kita masuk je dalam safari mula lah sekumpulan haiwan datang menghampiri kereta sambil membuka mulut luas - luas minta disuapkan carrot. Memang sangat mengujakan.
Nampak tak gambar gajah yang ternganga tu? Tu tengah minta simpati kita campak carrot kat dia lah tu :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...