daily planner

Wednesday, 2 July 2014

Ini adalah soto..



Lagi cerita pasal makan - makan kat Bandung. Yang ni menu dinner saya hari pertama di Bandung. Actually, restoran ni kecil je dan bukan restoran mewah macam yang pelancong kita dari Malaysia suka pergi waktu berkunjung ke negara jiran kita. Memang kami dah pesan awal - awak dekat adik supir untuk bawa kami ke restoran yang sedap - sedap je dan menu saya ni memang saya puas hati sangat.
Soto di sana berbeza sikit dengan yang selalu kita makan kat Malaysia. Kalau kat sini selalunya soto dimakan dengan nasi impit tapi kat sana makan dengan nasi putih dan keropok memang wajib ada. Agaknya memang orang sana suka makan keropok sangat- sangat. Yang best kuah soto ni dalam nya ada daging kering yang dipotong kecil - kecil dan rasanya ala- ala daging rendang dendeng. Memang sedap. Masih teringat keenakkan soto ni sampai sekarang..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...