daily planner



Stick-it notes

Wednesday 2 July 2014

Lontong



Pagi kami dimulakan dengan bersarapan di hotel. Kami disajikan dengan juadah lontong. Lontong ini dimakan dengan kuahnya, tempe goreng bercili, keropok dan sedikit hirisan timun dan tomato. Beza antara lontong di Malaysia ialah lontong ni makan dengan nasi berbanding orang kita yang gemar makan dengan nasi impit. Satu lagi, orang Malaysia selalunya akan buat kuah lontong berwarna kuning sebab ada campur dengan kunyit tapi di sini kuahnya putih. Komen saya, ini adalah satu lagi sajian yang amat menyelerakan semasa saya di Bandung. Saya bukan penggemar lontong kerana saya kurang suka makanan bersantan tetapi lontong ini memang marvelous. Ada tak jual lontong yang authentic macam ni di Malaysia? Kalau ada nak pergi cari lah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...