daily planner

Sunday, 29 June 2014

Nasi Timbel







Ini menu tengahari yang kami nikmati di Floating Market, Lembang. Memang best masakannya, sangat sedap. If nak makan kat restoran ni pengunjung tak perlu bersusah payah tukar duit ke kupon dulu sebab restoran ni terima if kita nak bayar cash. Bagi pengunjung dari Malaysia yang nak makan nasi saya memang rekemen sangat restoran ni sebab lauk pauknya memang sesuai dengan tekak kita.
Ada sesetengah lauk ni yang memang kami tak tahu pun kandungan sebab yang tertulis di signage yang terdapat di hadapan lauk adalah dalam Bahasa Indonesia. Disebabkan nak tahu kandungannya, saya dan rakan - rakan kerap bertanya apakah bahan yang digunakan dalam bahasa Inggeris. Lebih mudah untuk pihak sana explain dan kita pun senang nak faham. Mungkin saya kurang menonton sinetron, jadi saya kurang arif dengan dialek orang seberang. Oh ye, restoran ini hanya menyajikan makanan halal jadi anda tak perlu risau untuk menjamu selera ya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...