daily planner

Sunday, 29 June 2014

Floating Market Lembang





Setelah ke Tangkuban Parahu, kami ke Floating Market di Lembang, Bandung. Untuk masuk ke sini, kena bayar seorang IDR15000. Dengan kupon yang diberi, kita akan tukar dengan minuman dekat pintu masuk, jadi dapatlah kita cawan yang tertera logo Floating Market yang menjadi trademark tempat ini.
Floating Market ni sebenarnya tempat untuk makan - makan. Ada tasik dan pengunjung boleh beli makan dari bot - bot kecil yang ada di sini. Malangnya waktu kami berkunjung tak nampak pula sebarang jenis bot di tasik. Ada signboard yang tertera tengah renovation jadi bukan rezeki kami la nak merasa beli dalam bot dan sampan macam yang kat Thailand tu.
Untuk beli makanan pula, kita kena tukar duit Rupiah ke kupon kat pintu masuk. Tapi kami tak tukar pun sebab kami makan tengahari kat restoran yang boleh terima duit kertas dan kupon. Jadi tak lah jadi satu kerja nak menukar duit ke kupon pula. Saya akan kongsikan menu yang kami makan dalam entry yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...