daily planner



Stick-it notes

Monday 16 June 2014

Tangkuban Parahu








Kalau berkunjung ke Bandung memang tak lengkaplah kalau tak ke Tangkuban Parahu. Menurut supir kami, Rody, Tangkuban Parahu ni gunung berapi yang masih lagi aktif. Jadi, kalau diperhatikan gambar di atas betul - betul, boleh nampak ada asap gunung berapi dari Kawah Ratu.
Selain dari aktiviti melihat - lihat dan bergambar, pengunjung boleh pusing - pusing keliling naik kuda juga. Berapa cajnya saya kurang pasti kerana kami sibuk bergambar saja waktu di sini.
Yang paling merimaskan semasa berada di sini ialah kerakusan peniaga mencari rezeki dengan mengikut kita merata - rata mempromosikan jualan masing - masing. Adakalanya macam memaksa kita membeli pun ada. Jika anda rasa berbaloi untuk membeli di sini, silakan lah berbuat demikian tetapi kami tidak membeli apa pun kerana supir telah memberi tips bahawa barangan di sini lebih mahal dari tempat - tempat shopping di Jakarta dan Bandung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...