daily planner

Saturday, 21 January 2017

Cafe di Condotel Bukit Jana Golf Resort





Semalam pegi dengan adik nak test menu baru cafe ni yang ada chef baru, so menu pun dah berubah hampir 360 darjah.
Buat masa sekarang, ada beberapa menu tengah promo, order makanan dapat air free. Pilihan air yang free ialah Coke, Sprite, A&W dan lime juice.
Jadinya, Naza pun cuba la dua menu yang promo which are nasi goreng hailam pineapple dan chicken chop with blackpepper rice. Untuk menu pertama unik sikit because dia masak nasi goreng hailam dan letak dalam pineapple. Dalam nasi pun ada letak nanas juga. Turut dihidang bersama seketul ayam dengan sos istimewa.
Menu yang kedua pula Chicken chop with blackpepper rice. Chicken boleh pilih nak yang grilled or fried. Sos pula memang sos istimewa macam sos nasi goreng nanas tadi. Secara peribadi, Naza lebih suka versi ayam yang digoreng, lebih rangup tp kalau korang jenis yang tak suka makanan berminyak, order la grilled chicken.
Kedua-dua menu berharga RM12.90. Portion juga mengeyangkan. Lokasi cafe dalam golf resort bersebelahan kolam renang Condotel Bukit Jana. Bolehlah singgah kalau berkesempatan ye.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...