daily planner



Stick-it notes

Wednesday 15 June 2016

Sydney Melbourne Part 4

Hai semua, hari ni Naza nak sambung cerita kami di bumi koala. Hari pertama kami di Melbourne di mana kami sampai ke stesyen utama di sana yang bernama Southern Cross Station. Honestly, Naza tak research beria pun pasal stesyen ni tapi once we arrived there, kami jumpa satu kemudahan yang sangat membantu travelers yang dinamakan Travelers Aid.
Terletak di dalam bangunan Southern Cross, bilik khas ni terletak berhampiran dengan tempat korang naik bas. Kiranya kalau korang sampai dengan train and nak cari tempat ni, korang kena berjalan menuju ke arah orang naik bas. Nak senang lagi, ia terletak berhampiran tandas dan berhadapan dengan coin lockers station.
Naza dan Yuz tiba di bumi Oz awal pagi Sabtu dan kami terus berjalan - jalan and malamnya, kami terus naik bas ekspres bergerak pula ke Melbourne. Kiranya bila jumpa tempat ni kami tak sabar nak guna bilik mandi dan mandi memandangkan kami dah 2 hari tak mandi. Haha.
Mari kita tengok gambar dan Naza akan explain sikit tentang tempat ni berdasarkan gambar - gambar:

 
Dalam Travelers Aid ada bilik - bilik rehat yang boleh disewa dengan kadar AUD 10 sejam dengan durasi minimum 2 jam. Kiranya kalau korang nak overnight di station dengan selesa dan tak kisah nak spend sikit duit, boleh lah guna facility ni.

Selain tu, kemudahan internet dengan kadar AUD 3 untuk setengah jam pun ada bagi sesiapa yang tak sewa pocket wifi or beli sim Oz boleh la nak guna internet kat sini. Kami tak guna pun facility ni sebab kami awal - awal dah sewa pocket wifi dari Vison Data.

 Kalau korang nak tertinggal barang - barang asas travel, kat sini pun ada beberapa barangan asas yang dijual. Kalau nak book tour pun boleh melalui diorang.

 Ni lah rupa pintu depan Travelers Aid. Hope sesiapa yang nak cari waktu ada kat Southern Cross nanti boleh la jumpa.

 Ni pula sign dia. Owh, satu lagi nak bagitau rakan Muslim, jalan ke depan sikit ada booth jual kebab tau. Halal, so boleh la try. Tip: portion orang Oz makan adalah 2 kali ganda Malaysian. Kalau rasa tak lapar sangat, sila kongsi kebab tersebut.

 Naza and Yuz guna shower je sebab memasing memang bawa towel, so kami dikenakan charge AUD 7.50 seorang. Bolehla, dah 2 hari tak mandi ooiii.. Kami sampai Melbourne awal pagi lak tu, orang baru or mungkin ada lagi tak bangun tidur. Nak gi check in hotel pun awal la sesangat plus, stesyen ni ada coin lockers, kami simpan beg terus gi jalan lepas mandi. Kadar satu locker besar is AUD 14 yang boleh muat 2 trolley bags kami, backpack and ada lagi ruang boleh isi. Memang berbaloi.

Ni lah antara servis ditawarkan tempat ni. Kalau lah waktu korang pergi takde orang kat kaunter, bersabar dan tunggu kejap sebab petugas di kaunter turut sediakan perkhidmatan buggy. 

Ok, rasanya tu je la kot nak cerita tentang tempat ni. Untuk seterusnya, in shaa Allah Naza akan cerita plak tentang tempat pertama kami pergi di Melbourne. Bagi hint sikit la, RunningMan pernah buat filming kat sini dan Yoo Jae Suk sempat main bowling. Boleh teka tak kat mana?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...