daily planner



Stick-it notes

Wednesday 23 March 2016

Goodbye Serena

Tanggal 13.01.2010, Naza pernah buat entry yang bertajuk "Introducing Serena." Hari ni, 6 tahun kemudian pada tanggal 23.03.2016, Naza buat satu lagi entry tentang Serena, but it is not a good news. Entry ini lebih kepada mengucapkan selamat tinggal buat makhluk Allah yg telah mewarnai hidup Naza selama 6 tahun ini.
Serena dibeli di Ben Exotic Pet di Perak. Waktu tu Serena baru putus susu. Ben tunjuk seekor anak kucing yang available untuk dijual, bertanya mahu tak sebab kalau tak dia nak jual pada orang lain. Naza pada waktu tersebut cuma lah seorang guru baru yang gaji tidak berapa dan harga yg diletakkan untuk Serena adalah hampir RM2k. Menyedari yg Naza tak mampu memiliki Serena tetapi hati ni dah terpikat habis, Ben dengan baik hatinya memberikan Serena dan meminta Naza membayar harga kucing dengan hutang. Bayangkanlah, Naza berhutang dengan pet shop semata- mata nak memiliki Serena!
Ini lah Serena, kucing yang menawan hati Naza sehingga sanggup dibeli secara hutang.
Serena kucing yang aktif dan manja. Malah, sangatlah manja. Mungkin, Serena baru sangat putus susu dan terus dipamerkan di pet shop, maka, si comel ni tak sempat bermanja dengan ibunya dan adik beradik yang lain. Makanya, setelah Serena duduk di rumaha Naza, Serena terlalu bergantung pada Naza seolah - olah Naza ni ibunya. Malah, bagi Naza sendiri, memang menganggap Serena sebagai anak sendiri bila mana even dia ada nama sendiri, Naza kerap memanggilnya dengan gelaran 'Anak Kak Long.'  (Naza anak sulung dan dipanggil Kak Long oleh hampir semua adik beradik dan saudara mara.) Betapa specialnya kucing yang sekor ni sebab dah dianggap anak sendiri!
Adik2 tak berapa gemar dengan Serena sebab bagi mereka, Serena ni cuma seekor kucing busuk saja. Ye, memang diakui Serena cuma comel beberapa tahun dalam jagaan Naza tapi mula kelihatan comot. Ini disebabkan semasa Naza tinggal seorang di Trolak dulu, Serena tinggal di dalam rumah bersama Naza dan proses membersihkan dan grooming dibuat oleh Naza 100%. Setelah berpindah ke Taiping, semua kucing tak dibenarkan untuk dibawa masuk rumah dan tinggallah Serena dan yang lain di dalam sangkar.
Kucing yang sekor ni nak menjilat bulu sendiri pun tak pandai, semua dibuat oleh tuannya sebelum ni. Dah pindah kena duduk dalam sangkar dan terpaksa la belajar grooming sendiri sebab bila kucing dalam sangkar susah nak menguruskannya selalu macam dulu. Kalau dulu, sebelum nak tido pun sempat menyikat Serena lagi tapi sejak di sangkar, waktu grooming agak terhad kerana Serena tak selalu di depan mata. Bayangkan lah apa jadi pada kucing manja yang tetiba terpaksa berdikari dalam sangkar. Tak pandai menjilat bulu dan bersihkan mata sendiri, lama kelamaan memang agak comotlah jadinya.
Tapi dalam comot pun Serena tetap jadi yang teristimewa. Serena ada satu gift yang Allah bagi. Bila kita susah hati, sedih atau marah dia akan segera datang dan buat muka comelnya memandang kita tanpa perlu mengiau atau buat apa2. Pandangan mata Serena yang istimewa tu banyak melegakan hati, membuang resah dan membawa kebahagiaan ketika hati sedang walang. Speciallity ni takde tau pada kucing Naza yang lain. Hanya Serena saja yang ada bakat memujuk ni. Sebab tu la sayang Naza pada Serena ni lain macam.
Naza memang takut kehilangan Serena. Selama ni kalau dia sakit mesti Naza akan cepat2 bawa ke klinik dan satu lagi yang bagusnya walau dia sakit, selera makan dia sentiasa ada. Tapi ini berlainan sekali dengan situasi Serena pada 15.3.2016 yang lalu. Setelah balik dari Langkawi mengahadiri kenduri, Naza tengok Serena tak lalu nak makan. Ini sesuatu yang jarang atau tak pernah langsung berlaku pada Serena. Bila Naza buat pemeriksaan pada Serana, didapati dia berak berdarah. Terus bawa ke vet dan diberi suntikan. Sehari selepas hantar ke vet, Naza perlu meninggalkan Serena untuk ke Jepun. Maka, dengan berat hati Naza memberikan tanggungjawab menjaga anak Naza ni pada adik lelaki. Naza pesan, kalau tak reti jaga kucing sakit, letak sahaja lah di klinik, bayar berapa pun tak kisah. Naza mula tak sedap hati sebab dia tak mahu makan.
Semasa di Jepun sudah tentulah Naza cuba menghiburkan diri dengan melawat semua tempat2 yang telah dirancang tapi apa yang rakan travel tak tahu Naza banyak memikirkan Serena yang sakit. Dalam diam2, Naza banyak berdoa supaya Serena sembuh kerana doa orang yang bermusafir ni adalah salah satu doa yang mustajab. Cuma..kali ni Allah tak memakbulkan.......
Hari Naza sampai pada 19.3.2016. perkara pertama yang Naza buat bukanlah membersihkan diri atau mencari katil nak tido tapi terus ke sangkar Serena. Naza sangkakan Serena dah balik dari klinik, sedia menanti Naza di tempatnya. Malangnya adik beritahu dia masih di klinik dan semakin lemah malah doktor menyatakan yang dia tidak mahu respond langsung pada ubat yang diberi. Kata adik, kalau masih tiada perubahan, esok Serena boleh diambil tetapi peluang untuk hidup sangat tipis.
Makanya, pada 20.3.2016, Naza disuruh ke klinik untuk ambil Serena. Doktor kata melihatkan keadaan Serena, dia pasti tidak akan hidup lama. Doktor tu siap menangis lagi dan cakap sorry waktu Serena diserahkan. Yang tuan dia jangan cakaplah, memang hujan dah tak berhenti langsung.
Bila balik, papa ada di rumah dan mencadangkan satu ubat untu dicuba pada Serena. My father used to work as a veterinar, jadi dia cuba membantu yang mana boleh. Kenapa tak dibantu lebih awal? Well untuk menjawab soalan itu, my father works in Pahang, dia tak selalu ada di Taiping. Cuma kebetulan dia ada hari tu, maka dia cuba membantu.
Rasanya, satu rumah tahu, sangat tahu akan bonding antara Naza dan Serena maka wlaaupun sangat tipis, papa cuba juga selamatkan Serena for me. Kata papa, kadang2 doktor tak mahu ambil risiko, dia tak beri rawatan lain sebab tak mahu pet kita mati waktu dalam jagaan dia. Ada sikit sinar harapan di situ...
Eaoknya, Naza bawa Serena ke sekolah menyuapkan makan dan minum untuk Serena. Papa pesan, berikan air dicampur madu untuk tenaga Serena sebab badannya dah teruk dehydrated akibat cirit birit. Itu lah yang diminum Serena sehingga habis nyawanya. Naza cuba, tried my best but in the end, Serena lost the battle. Pada 23.3.2016, sebaik sahaja solat Zuhur di sekolah, Serena pergi buat selamanya di sisi Naza. Sejak ambil Serena dari klinik, Naza tak berenggang langsung dengan anak yang sekor ni. Pergi kerja pun bawa.
Kekadang, Naza terfikir, adakah Serena  merajuk sebab dia ditinggalkan semasa Naza pergi melancong maka dia tak mahu memberi kerjasama pada vet yang merawat. Serena tak pernah sakit seteruk ini. Kalau sakit pun dia pasti makan. Kali ini, makan pun tak mahu. Kalau lah betul, maafkan Kak Long anak tonyet ku... Serena akan sentiasa berada di satu sudut hati Kak Long yang paling istimewa. Kak Long akan sentiasa doakan agar kita jumpa balik suatu hari nanti.
Waktu entry ni ditulis, kucing2 diluar masih belum diberi makan petang. Tak sanggup nak tengok sangkar Serena. Allah, tabahkan lah hatiku ini.....
Serena, I Love You. Goodbye and until we meet again. Sayang Serena sampai mati...

Serena beberapa jam sebelum mati, masih tak mahu berenggang denganku. Berada dibawah kaki, di bawah meja semasa ku membuat kerja. Allah, manjanya anakku ini sampai lah akhir hayatnya......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...