daily planner

Friday, 15 January 2016

Changdeokgong Palace

Macam tak syok pula ke Korea kalau tak melawat salah satu istana dia sebab negara Korea sekarang mana ada raja dah. Kiranya, melawat istana di Korea ni macam melawat salah satu tempat bersejarah yang pentinglah bagi masyarakat dia.
Kami melawat Changdoekgong Palace. Entrance fee per adult adalah sebanyak KRW3000. Ada free English tour guide tapi ada masa2 tertentu. Kami tak join sekali dengan guided tour tu tapi sesekali kami pun dok menempek juga dengar sejarah yang dia cerita kat orang dalam group dia.
Secara peribadi, yang paling menarik dalam ni rasanya bangunan yang diwarnakan putih sepenuhnya. Ingatkan tempat tu untuk pekerja tapi rupanya sebahagian istana yang dibina untuk gundik kesayangan raja. Istana untuk beliau dikhaskan dengan warna tersebut sebab taknak lawan darjat permaisuri waktu tu. Tambahan pula permaisuri dikatakan gagal melahirkan anak untuk raja. Untuk membezakan pangkat dan darjat, maka istana untuk si gundik dicat dengan sangat sederhana, berlainan dengan bangunan lainnya yang penuh warna - warni.
Dalam istana ni juga ada taman diraja yang cantik yang selalu dijadikan lokasi pengambaran drama tapi kalau nak masuk ada bayaran tambahan. Kami tak masuk sebab sayang duit. Hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...