daily planner

Wednesday, 10 June 2015

Ke Jepun untuk kali kedua

Bagi yang pernah mengikuti or pernah baca blog ni pasti perasan yang last year pun Naza Isma ada buat entry pasal Osaka, kali pertama Naza gi Jepun. Setelah balik dari Osaka Naza terus nekad nak gi lagi Jepun, kali ni jalan tempat lain plak.
Makanya, berhari - hari lah sejak balik dari Osaka last year Naza dok belek tiket promo kat MAS and AirAsia. Ada satu hari tu, nasib Naza ada baik sikit, dapat la tiket promo berharga RM704 pergi balik KUL-NAGOYA. Tapi... after a few months dah pegang tiket, tiba2 AirAsia bagi email bagitau yang diorang nak cancel route Nagoya. AirAsia bagi option, either dia bagi pulangan dalam bentuk baucer Shell or tukar route ke Osaka.
Naza Isma tak yah fikir dah pasal ni, terus je tanpa berfikir panjang, tukar route and tambah hari terus di Osaka. Plan asal cuma nak ronda 5 hari jadi double sampai 10 hari plus, sorang2 je.
Antara tempat yang Naza teringin nak pergi kat Jepun ni Hokkaido. Hokkaido, kalau tengok dalam peta dia kira tanah Jepun yang paling hujung sebelah atas (maaf la, tak guna istilah mengajar, tulis blog ari ni main2 santai2 je, atas bawah semua aku tibai.) Tiket Naza ke Osaka je, jadi the next step yang Naza Isma buat was tengok website Skyscanner. Sentiasa pantau harga domestik flight dari Osaka ke Hokkaido dan sekali lagi, ada rezeki bila Peach Aviation buat promo, penerbangan sehala dari Osaka ke Hokkaido RM150 termasuk tax. Bila Naza kira2 balik, ok dah harga tu. Lebih berbaloi dari naik train atau highway bus! Plus, perjalanan pun lebih pendek!
Naza sampai ke Osaka dah malam, pukul 10.30 malam waktu tempatan. Nak book hotel terasa sayang duit sebab paginya pukul 7.05 pagi dah kena naik flight domestik plak ke Hokkaido. Jadi, Naza Isma pun bermalam lah di Osaka Airport.
Untuk pengetahuan, flights Peach Airlines ni tak berada di Terminal 1 Kansai Airport macam penerbangan yang lainnya, jadi, kalau nak buat macam Naza, kena ambil bas dari Terminal 1 Kansai Airport (shuttle bus provided free of charge) ke Terminal 2.
Kat Terminal 2 ni, terdapat benches tanpa sebarang penghadang, so memang selesa sangat la if nak tido sana. Jangan malu segan, ramai je yang tido airport malam tu. Petugas2 di airport memang takkan kacau korang tido.
Sejam setengah sebelum waktu berlepas, Peach Airlines akan buka mesin untuk check in juga kaunter baggage drop. Yang penting di sini, jangan lupa catat, print screen atau buat la macam mana cara pun untuk simpan booking number yang Peach hantar dalam itinerary kita. Penting ye nombor tu sebab boarding pass hanya boleh printer dekat kiosk check in yang terletak di airport.
Dah masuk dalam plane, Naza Isma tido dengan nyenyak selama 2 jam sebelum sampai Hokkaido. Nak cerita banyak apa nampak dalam train pun memang tak boleh sebab memang nak sampai baru la mata buka balik. Hehehe. Oh ye, Peach Airline ni macam la juga AirAsia. Kalau nak makan kena beli, nak insurans kena beli, nak pilih tempat duduk kena beli anda luggage juga. Naza tak beli pun makan, insurans memang dah amik travel insurans, tempat duduk tak beli pun dapat yang cantik, tepi tingkat. Luggage plak tak bawa banyak sebab nak pusing satu Jepun la konon.
Jom tengok gambar yang ada ni dulu. Yang lain nanti Naza sambung cerita ye. Kalau rasa berminat, tunggu....



Pergi naik AsiaAsia je, tu je termampu



Tempat tido ku di Terminal 2 Kansai Airport yang selesa






Awal pagi di Terminal 2



Garden di Terminal 2





Sistem Peach yang tak perlu canggih sangat, tapi efektif. Dalam masa setengah jam, semua dah siap boarding



Boarding pass yang perlu print sendiri kat kiosk di Terminal 2



Bilik menunggu untuk boarding, dibuka sejam sebelum boarding



Ruang dalam plane, tak ubah macam AirAsia flights laluan domestik



Rupa aeroplane

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...