daily planner



Stick-it notes

Wednesday 4 February 2015

Persiapan ke Perth

Antara yang menjadi persiapan bila kita nak pergi berjalan, of course la bab penginapan. Macam backpackers, antara accommodation yang jadi pilihan is hostel sebab murah. Ye lah, jadi backpackers ni bukan la keje nya hanya dok terperap dalam bilik. Kebanyakkan backpackers keje nya berjalan dari pagi sampai la malam, so buat apa nak dok kat hotel mahal - mahal ye dak?
Untuk lokasi jalan - jalan seterusnya iaitu ke Perth Australia, Naza Isma dah booked bilik di Malaysia Hall di sana. Mula nak dok di hostel mana - mana tapi memandangkan ada yang suggest tempat ni tambah bila survey lokasi dia antara yg termasuk dalam perkhidmatan bas free, maka Naza Isma pun terus lah hubungi pihak mereka. Nak book senang je just Google Malaysia Hall, then akan keluar isi borang online dalam website tersebut. Pihak Malaysia Hall akan hubungi kita beberapa hari kemudia meminta salinan beberapa dokumen seperti salinan ic, passport, visa, bagi pasangan berkahwin, salinan sijil nikah dan bagi pelajat salinan kad pelajar.
Setelah beberapa hari, pihak Malaysia Hall akan email kita balik untuk maklumkan samada permohonan kita untuk menginap lulus ke tak dan disertakan bersama jumlah yang perlu kita bayar di sana.
Memang tengok macam mahal tapi harus diingat kena bayar deposit bilik dan deposit kunci jadi bila dah kata deposit, kita akan dapat balik duit tu, so boleh la kot ada cash untuk shopping saat akhir selepas check out. Oooppss..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...