daily planner

Friday, 30 January 2015

Watikah perlantikan pengawas sekolah



Hari selasa yang lepas sekolah buat majlis perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua serta penolong ketua kelas. Untuk majlis tersebut pihak sekolah dengan berbesar hatinya telah menjemput pegawai khas polis ke sekolah untuk menyempurnakan majlis penyerahan warkah perlantikan. Dah alang - alang datang untuk penyerahan watikah tu, pegawai - pegawai polis dari IPD Selama sempat juga adakan mini pameran untuk murid - murid. Punya lah excited budak - budak SK (RTBK) Pondok Tanjong ni dengan pameran hari tu. Yang paling diorang suka of course la peluang merasa naik dan bergambar dengan motosikal polis. Sengih sampai ke telinga masing - masing. Terima kasih juga buat kesemua pegawai polis yang terlibat dalam menyempurnakan majlis dan juga pameran tersebut. Anak - anak kecil kami sangat menghargainya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...