daily planner



Stick-it notes

Sunday 14 December 2014

Tempat penginapan di Bangkok

Seperti yang dijanjikan, untuk entry kali ni saya akan ceritakan tentang tempat saya dan kawan tidur semasa kami di Bangkok. Saya book awal di Booking.com untuk penginapan. Berdasarkan rating yang agak tinggi bagi sebuah hostel, saya memilih untuk menginap di De Talak Hostel.
Kawan telah tegaskan yang dia tidak mahu bilik yang perlu berkongsi bilik air, jadinya saya telah mengambil double room yang dilengkapi satu queen bed dan bilik air peribadi yang berharga 690THB untuk semalam. Semasa check in, 100THB akan dicaj sebagai deposit kunci which will be returned waktu kita check out.
Selain dari mempunyai private room untuk hostel, antara sebab saya pilih De Talak adalah kerana kita boleh leave our luggage even after check out for free. Jadi, lepas check out kalau masih nak berjalan - jalan bolehlah tinggalkan luggage dekat lobi. Disebabkan hostel masih baru, hostel tersebut agak bersih jadi bolehlah sesiapa yang mementingkan kebersihan tu duduk hostel ni. Makanan dan minuman pun sebenarnya tak dibenarkan di dalam bilik. Kalau nk makan minum ada kitchen disediakan di tingkat bawah.
Walaupun ada beberapa perkara boleh dianggap cemerlang untuk hostel ni, ada juga lah beberapa perkara yang mungkin perlu saya nyatakan untuk membantu membuat pilihan if nk menginap di hostel ni nanti.
1. MRT terdekat ialah MRT Queen Sirikit Convention Center. Dari airport, ambil train ke Makkasan station (35THB) kemudian tukar line dari airport link ke metro dari Petchaburi ke stesyen Queen Sirikit (18THB).
2. Hostel ini masih baru dan ada masyarakat setempat tak tahu pun mana letaknya hostel ni. Cara untuk ke sana ialah ambil exit Khlong Toei market dari MRT. Jalan menghala ke market dari stesyen (boleh tanya local). Sebelum sampai market ada satu simpang kiri (jambatan merentasi longkang besar). Jika perhati betul2, ada signboard De Talak Hostel kat simpang tu. Masuk simpang tersebut menghala ke arah tempat parking apartment dan jalan pula ke arah deretan kedai. Hostel berada di hujung deretan kedai.
3. De Talak Hostel tidak mempunyai lift. Kalau anda bercuti bawa beg troli tu bersedia lah untuk mengangkat beg menaiki tangga. Bilik bermula dari tingkat 2. Ground level untuk lobi dan kitchen. First floor pula tempat melepak dan ada kumputer disediakan if nak guna internet.
4. Aiskrim kelapa disediakan di dalam peti ais di kitchen untuk dinikmati setiap hari secara percuma selain air sejuk. Air mineral boleh dibeli dengan harga 10THB di lobi.
5. Jika stay lama, ada washing machine untuk basuh baju di hostel ini.







Entry tentang tempat jalan - jalan akan ditulis selepas entry ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...