daily planner

Monday, 15 December 2014

Ke Bangkok dengan misi yang satu

I have to admit, I went to Bangkok because of this place ~ Maeklong Railway Market. Tengok youtube, dokumentari kt tv, memang terus teruja nak rasa macam manalah suasananya bila train melintas kat market yang busy.
Macam mana cara nak pergi ke Maeklong dari De Talak hostel ni ye? First rule yang mesti diingat, kena bangun awal pagi kalau nak pergi Maeklong. Kenapa? If pergi sana, mesti lah nak ambil video train melintas market kan? Waktunya melintas plak tu adalah dlm pukul 9/10 pagi. Kalau lambat, jenuh nak tunggu next train pula.
Ada beberapa kenderaan yang kita kena guna kalau nak ke sana dari hostel ni. Firstly, naik MRT dari Queen Sirikit ke Stesyen Sukhumvit. Tambang sehala THB16. Kat Sukhumvit ni kena tukar plak ke line BTS. Naik dr stesyen Asoke dan turun di stesyen Victory Monument. Tambangya THB37. Dari Victory Monument pula ambil minivan kat stesyen minivan sebelah bangunan Suzuki dealer. Tambang minivan pula THB700 per person. Minivan ni tunggu orang penuh baru dia jalan, jadi xde specific time untuk satu - satu perjalanan.
Dari Bangkok ke Maeklong akan ambil masa hampir 2 jam juga la. Nak cerita boleh nampak apa sepanjang perjalanan pun tak boleh sebab saya terlelap dalam minivan. Hahaha.
Minivan ni akan turunkan kita berdekatan railway market. Pastu kita jalan ikt signboard yang ada and if hilang punca tanya je orang keliling. Jangan risau, orang Thai macam orang Jepun juga, very helpful. Bezanya dengan orang Jepun mungkin kalau di Jepun orang sana nampak kita macam lost dia datang sendiri kat kita tapi kalau orang Thai kita kena pergi sendiri tanya.
Dh sampai Maeklong tunggu je train sampai. Nk membeli pun rasa macam x selera sangat sebab tempat ni memang pasar betul. Huhuhu. Video train lalu Maeklong Market ni ada dalam my FB. Sapa nak tengok intai kat sana plak ye. Kat sini blanje gambar je la. Next entry nak cite plak macam mana nak gerak dari sini ke Amphawa pula. Amphawa ni tempat apa? Salah satu dari floating market yang ada kat Bangkok..

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...