daily planner



Stick-it notes

Tuesday 11 November 2014

Motomachi Shopping Street dan Chinatown, Kobe








Maaf bagi sesiapa yang menanti sambungan entry trip Osaka saya, ambil masa yang agak lama untuk sambungannya. Kali ni saya ceritakan pula sambungan perjalanan kami ke kota Kobe.
Masih menggunakan pas bus hop on hop off, kami turun ke perhentian Motomachi Shopping Street. Motomachi Shopping Street ni kalau ambil masa setengah hari memang boleh habis kot dari hujung ke hujung tapi memandangkan kami tak punya cukup masa, kami just berjalan dari satu wing ke hujungnya dan hujung jalan yang kami ambil pula bersambung dengan Chinatown. Jadi, kiranya kami cover dua tempat sekali lah.
Untuk info, kedua - dua tempat ni adalah tempat untuk shopping. Macam - macam jenis barang ada kat sini, dari kimono dan barangan cenderahati Jepun sampailah ke barangan moden dan restoran. Tapi untuk orang Islam nak cari makanan halal kat sini tak jumpa pula. In shaa Allah untuk entry yang berikutnya saya akan tulis pula tentang restoran makanan halal di Kobe ni. Di Motomachi saya belikan mak saya beberapa buah buku jahitan mengait sebab it's my mother's hobby. Tambahan pula mak saya memang pernah cakap antara banyak - banyak buku, buku keluaran dari Jepun sangat baik coz orang Jepun tak kedekut ilmu, dalam buku panduan jahitan ditunjuk dalam gambar langkah demi langkah. Mulanya jurujual buat muka pelik sebab saya beli buku tulisan Jepun dan dia cuba beritahu dalam buku no English but it's not a problem, bagi mak saya, gambar step by step tu yang penting. Jadi, kalau ke Jepun, mungkin buku juga boleh dibeli sebagai cenderahati buat keluarga atau rakan terutama yang minat seni mengait dan sulaman ni.
Di Chinatown pula, takde lah sangat benda yang terlalu menarik untuk dilihat kerana kebanyakan kedai yang ada kat sini menjual makanan. Sedia maklum makanan Cina tak boleh dimakan oleh orang Islam kerana masalah halal. Mungkin satu perkara yang boleh dilakukan di Chinatown ni ialah mengambil gambar dengan zodiak kelahiran. Saya dengan rakan pun mengambil kesempatan bergambar di figura anjing yang merupakan zodiak kelahiran kami berdua.
Setelah shopping serba sedikit, kami pun mula bergerak mencari masjid untuk solat dan makan tengahari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...