daily planner



Stick-it notes

Wednesday 12 November 2014

Masjid Kobe

Setelah shopping serba sedikit di Motomachi Shopping Street dan juga Chinatown, kami meneruskan perjalanan untuk mencari masjid. Masih menggunakan Kobe City Loop Bus, kami berhenti di Perhentian 8 yang berhenti di pintu belakang Meister Garden. Untuk ke masjid, anda perlu keluar ke pintu hadapan bangunan ni seterusnya terus berjalan ke kiri anda. Sampai di simpang traffic light, lintas ke jalan bertentangan Meister Garden dan teruskan perjalanan sehingga ke masjid. Masjid memang tak jauh dengan Meister Garden ni, lebih kurang 5 hingga 10 minit berjalan kaki, bergantung pada cara anda berjalan. Hehehe
Menurut seorang Muslim brother dari Pakistan yang tinggal berhampiran masjid, Masjid Kobe ni adalah masjid tertua di Jepun dan dah banyak kali terselamat dari bencana. Antaranya gempa bumi dan pengeboman sewaktu Perang Dunia ke 2. Bayangkan bangunan yang lainnya habis musnah tapi masjid yang satu ni berdiri megah dan tetap utuh dengan kuasa Allah. Tidak hairanlah selain dari tempat orang Islam beribadat, pelancong yang berlainan agama juga tak putus - putus masuk ke dalam masjid untuk melawat. Jika anda bukan orang Islam dan mahu melawat masjid bersejarah ini, dipersilakan. Rakyat tempatan sentiasa mengalu - alukan anda. Cuma jagalah etika di dalam rumah ibadat. Rasanya, setiap tempat ibadat etikanya lebih kurang sama, yang penting, respect others' beliefs.
Bertentangan dengan masjid ni ada sebuah grocery yang menjual bahan - bahan halal. Dari Malaysia pun ada. Entry tentang grocery tersebut saya dah pernah buat dalam entry yang terdahulu. Apa - apa pun, nikmatilah beberapa keping gambar Masjid Kobe yang telah saya rakam melalui lensa kamera saya.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...