daily planner



Stick-it notes

Wednesday 2 July 2014

Kawah Putih












Kawah Putih adalah tempat yang paling saya gemari semasa berkunjung ke Bandung. Perjalanan untuk ke Kawah Putih mengambil masa selama 3 jam dari Kota Bandung. Memang perjalanannya mengambil masa tetapi sangat berbaloi. Kawah Putih ni lebih cantik dari Tangkuban Parahu. Lagipun kalau di Tangkuban Parahu pelancong mesti akan rasa rimas sebab para penjual akan selalu mengikut kita nak promosi barangan mereka. Di Kawah Putih ni situasi yang sama tidak berlaku. Masih ada penjual yang mempromosi barangan tapi jumlahnya sangatlah kurang berbanding di Tangkuban.
Apa yang menarik di Kawah Puith? Well, honestly, pemandangan di sini adalah terbaik. Kawah Putih ni sebenarnya adalah kawah gunung berapi yang menjadi tasik setelah menakung air hujan. Tasiknya berwarna biru keputihan macam pensil warna biru muda. Menurut supir kami, tempat ini memang famous sebagai tempat untuk pasangan pengantin bergambar. Jika saya seorang warga Indonesia, memang rasanya saya pun akan mengabadikan kenangan perkahwinan di sini, tempat yang cukup indah.
Kalau anda sukakan pemandangan, saya memang cadangkan anda ke Kawah Putih ini untuk bergambar. Tapi jika sekiranya anda jenis kaki shopping, mungkin tempat ini anda tidak perlukan dalam itinerary anda kerana lokasinya yang agak jauh dari Kota Bandung. Anda mungkin akan kehilangan masa berharga anda untuk shopping kerana kebanyakan tempat membeli belah di Bandung sudah tutup seawal jam 5 atau 6 petang. Jadi, jika anda punya banyak waktu atau nawaitu nak ke Bandung memang nak berjalan - jalan, masukkan Kawah Putih sebagai salah satu destinasi wajib jelajah.
Selain dari menikmati keindahan tasik, jika anda larat untuk berjalan, anda boleh mengikut laluan yang disediakan untuk trekking. Tapi saya dan rakan - rakan sudah agak kepenatan jadi kami hanya berjalan dan bergambar di sekitar tasik. Terdapat juga sebuah gua yang dinamakan Gua Belanda di sini. Mengikut sejarah, tawanan perang akan dikurung di dalam gua dan dibiarkan mati dengan menghidu bau sulfur yang sangat kuat dan berbisa. Hanya beberepa saat di hadapan pintu gua menyebabkan saya dan rakan terbatuk - batuk dan sesak nafas. Bayangkan betapa seksanya tahanan perang zaman penjajahan Belanda dulu rasa. Kejamnya perang yang menyebabkan nyawa berharga melayang dengan cara yang sangat tragis...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...