daily planner



Stick-it notes

Sunday 8 June 2014

JALAN - JALAN BANDUNG DAN JAKARTA







Pengalaman di KLIA2.

Saya bersama rakan - rakan telah pergi ke Indonesia dan kami bertolak pada 2 Jun 2014 yang lalu. Kami bergerak dari Taiping dengan menggunakan bas yang dinaiki dari Stesyen Bas Kamunting terus ke KLIA2. Tambang bas dari Kamunting ke KLIA/KLIA2 adalah sebanyak RM45 sehala dan syarikat bas yang mengendalikannya adalah Starmart. Bas ini akan berhenti beberapa kali di Simpang, Kuala Kangsar dan Pudu Sentral sebelum ke destinasi yang sepatutnya dan anda dinasihatkan ambil bas yang sampai lebih awal dari masa anda boarding, takut kalau bas lambat sampai ke KLIA.
Flight kami terbang waktu malam iaitu pada pukul 10.20 malam tetapi kami sampai di KLIA2 pada jam 12.30 tengahari. Masa yang ada kami isi dengan melihat - lihat KLIA2 yang besar macam shopping mall dan juga bergambar di sekitar lapangan terbang.
Sudah tentu banyak bezanya LCCT ynag dahulu dengan KLIA2. KLIA2 lebih besar dan cantik. Outlets yang ada juga lebih banyak tetapi mungkin nak berjalan ke gate untuk kita boarding agak jauh kerana lapangan terbang ini lebih luas. Walaubagaimanpun, sistem bagasinya lebih sistematik dan kami tidak perlu tunggu terlalu lama untuk menuntut bagasi. Saya pernah mengalami situasi di mana saya dan keluarga perlu menunggu lebih dari sejam untuk menuntut bagasi kami setelah tiba dari Ho Chi Minh semasa di LCCT dulu. Terasa lenguh semua sementara menunggu.
Kapal terbang juga dapat terbang dan landing dalam masa yang ditetapkan berbanding semasa di LCCT dari pengamatan saya, KLIA2 tidak berkongsi landasan yang sama dengan KLIA berbanding semasa di LCCT dulu. Terasa lega sebab dah tak ada lagi flight delayed yang membuang masa. Tapi mungkin perkara ini akan berlaku sekarang di mana masih belum banyak perkhidmatan tambang murah yang beroperasi di KLIA2. Jika perkhidmatan tambang murah bertambah, pastinya akan berlaku kesesakan lagi di masa akan datang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...