daily planner

Thursday, 1 December 2011

Entri pasal sukses : Tahniah anak2 muridku













Hari ini cikgu hulwani meraikan kesemua anak - anak murid yang telah mendapat a dalam mata pelajaran sains. Teacher mereka pun tumpang sekaki juga. Cikgu hulwani belanja semua anak murid ini makan di pizza hut.
Bila ditanya - tanya pada semua, cuma dua orang sahaja yang pernah makan pizza ni. Yang lain - lain kali pertama makan pizza.
Yang paling semangat makan pizza ni afifah, habis pizza dia makan walau dengan tangan yang terbalik waktu pegang pisau dan garfu.
Iman cuma makan roti pizza je yang topping dia buang. Kembar dia pula makan sesuap je kemudian berhenti sebab minum banyak air gas. Afiq nak makan pizza keju tapi akhirnya keju diletak ke tepi.
Macam - macam cerita budak - budak ni tapi tahniah sekali lagi kepada semua yang berjaya :)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...