daily planner

Friday, 2 December 2011

Entri pasal jalan - jalan : Muzium Taiping Perak















Kena mengaku ni, dah duduk di Taiping bertahun -tahun, baru semalam menjejakkan kaki di Muzium Taiping ni. Itu pun sebab sahabat lama dari Ipoh nak berjalan - jalan sementara menunggu suami sedang kursus di Hotel Seri Malaysia.
Macam - macam rupanya ada dalam muzium ni. Masuk - masuk je muzium ada diletakkan model singgahsana Sultan Perak dan beberapa tumbuhan herba dalam kaca.
Bahagian kedua muzium pula diletakkan haiwan - haiwan diawet serta tulang haiwan. Ada satu tulang buaya yang dipamerkan kononnya ada sejarah tersendiri tetapi sayang pak cik yang selalu ceritakan kisah buaya tu berehat semalam jadi tak dapat lah kami dengar tentang sejarah buaya yang ditangkap di Matang itu.
Bahagian ketiga muzium pula mempamerkan replika - replika hidupan laut. Seterusnya pengujung boleh melihat bahagian yang mempamer alatan yang digunakan oleh Masyarakat Malaysia untuk perkahwinan dan perayaan. Paling menarik bagi mata kami pameran catur masyarakat Melayu yang sangat berseni.
Di tingkat atas muzium ini pula pengunjung boleh melihat pameran masyarakat orang asli. Ada replika rumah, alatan yang digunakan mereka untuk memasak, barangan perhiasan diri, alatan menghalau makhluk halus juga ada tau. Semalam saya dan Ratna sempat mengira mas kahwin orang asli yang diletakkan di dalam pameran perkahwinan mereka. Jumlahnya RM62. Negeri mana ya yang jumlah mas kahwinnya sama dengan jumlah orang asli? Huhu
Moh ler kite lawat Muzium Taiping yoeb dan yong sekalian!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...