daily planner



Stick-it notes

Saturday 31 August 2019

Suizenji Park Kumamoto Japan


Pemandangan peetama selepas pintu masuk

Ikan yang terover jinak, boleh bagi makan. Makanan dijual di dalam garden, 200 Yen sekampit

Ikan koi yg super cantik tapi ganas sikit. Bila kita dekat dia melompat

Kawan2 yang tengok gambar ni cakap pemandangan ni boleh buat poskad. Mmg cantik sangat view dar kolam ikan

Pokok dengan sejarah tersendiri

Di TripAdvisor, tempat ni berada di ranking#1 of things to do in Kumamoto

Boleh semak Google Maps untuk cara ke sini. Di bawah juga ada ada saya tulis antara cara yg boleh digunakan untuk sampai ke destinasi

Kami menginap selama satu malam di hotel berdekatan garden. Jadi, nak ke garden pn x jauh sangat berjalan kaki

Salam semua. It's my first time posting here after a very long time. Bukannya dh tak travel tapi kerajinan menulis yg dh kurang. Maaf jika kome menunggu update sampai berkurun tu. Huhuhu. 
Kali ni saya nak share a few photos on my recent trip to Kumamoto, Japan atau lebih tepat lagi, semasa lawatan ke Suizenji Park, Kumamoto.
Waktu planning tempat2 lawatan, I referred to TripAdvisor and this place is ranked #1 of things to do in Kumamoto. Jd, saya fikir, why not, pergi dan experience sendiri then tgk nape dia dpt the highest ranking.
Untuk ke sini, kome boleh ambil tram dr JR Kumamoto Station dan turun di Stesyen Suizenji Koen dan garden hanya a few minutes walk dr tempat tram berhenti atau pun jika menggunakan JR Pass, turun di JR Shin - Suizenji Station dan berjalan kaki selama lebih kurang 7 - 10 min utk sampai garden ni. Bagi saya dan rakan2, kami menginap di Suizenjie Comfort Hotel yg mana nk ke garden ni hanya perlu seberang jalan dan berjalan kaki tak jauh dr hotel. Bayaran masuk utk seorang dewasa adalah 400 Yen. 
Once dah masuk, benda pertama yang keluar dari mulut kami was 'Cantikkk!'. Ye, garden ni memang cantik tapi skalanya tak besar mana pun. Selain dari ambil gambar dekat pokok2 dan kolam yang cantik, kome juga boleh bg makan burung dan ikan dalam garden. Tempat ni sesuai utk travellers yg suka bergambar dan suka dgn pemandangan. Selain tu, sepanjang laluan nak masuk ke garden ada kedai2 menjual cenderamata dan satu outlet Laox. Kalau nk makan ubi keledek rebus dan ice cream green tea boleh la mencuba.. Ada juga la beberapa makanan lain yg dijual tapi bab makanan ni saya x berani nk advice... Oh, lupa. Nk rent kimono pun boleh sambil jalan2 area ni cuma x pasti berapa Yen sb sy dgn kwn2 sayang duit nk spend utk rental yg mahal. Huhuhu..
Untuk gambar2 yg lain boleh refer my own FB. Tp maaf, kali ni travel x ambil byk gambo pun. Kamera pn x bawa. Ni semua ambil guna F11 je...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...