daily planner



Stick-it notes

Sunday 1 May 2016

Okurayama Ski Jump Stadium

Sehari sebelum pulang ke Malaysia, kami telah decide untuk berjalan - jalan sekitar Sapporo dan kebetulan hari tu adalah hari minggu, makanya kami telah membeli Donichika Ticket yang merupakan subway pass yang boleh digunakan seharian sewaktu hujung minggu dan public holidays. Kos satu tiket ialah sebanyak 520JPY pada hari minggu berbanding hari biasa yang berharga 830JPY. Subway pass ini boleh digunakan untuk menaiki subway bagi semua line di Sapporo dan boleh dibeli melalui mesin tiket subway.
Tujuan kami ke Okurayama pada asalnya adalah nak naik observatory melalui chairlift tapi nasib kami tak berapa baik sebab hari tersebut ada international tournament dan orang awam tak dibenarkan untuk guna chairlift. Walaupun tak dapat naik chair lift, petugas - petugas kejohanan sangatlah baik, bagi kami gifts dan pujuk kami stay untuk tengok kejohanan. Kawan - kawan nak stay tapi memandangkan Naza tak pasti bas ada sampai pukul berapa (tempat ni macam remote sikit, jauh dari hiruk pikuk bandar) dan Naza juga berhasrat nak makan ramen Hokkaido sebab takut kedai tutup and kempunan nak makan ramen, Naza ajak travel buddies balik awal selepas kami puas bergambar dan berbual - bual dengan petugas kejohanan. Semasa nak balik, mereka bekalkan kami dengan coklat sebagai buah tangan.
Untuk ke Okurayama, korang boleh menaiki subway Tozai line ke Maruyama Koen Station dan seterusnya menaiki bas bernombor 14 terus ke Okurayama Kyogijo Iriguchi Bus Stop. Jangan risau kalau tak tahu nak turun di mana sebab untuk perhentian ni, pengumuman bus stop dibuat dalam Bahasa Inggeris. Pejalanan kami menggunakan subway was fully covered with Donichika Ticket dan bas pulak covered by JR Hokkaido Pass. Kos untuk menaiki chairlift ialah sebayak 500JPY. Dalam perkarangan stadium terdapat satu Winter Sport Museum. Kalau nak masuk kena bayar 600JPY.


Platform untuk naik bas. Platform ni berkongsi dengan bas bernombor 15. Kalau nak ke Okurayama Ski Jump Stadium kena naik bas bernombor 14. Sebelum naik bas, sila beratur dulu ye dan jangan potong queue. Bukan budaya orang Jepun jenis potong line. Jangan memalukan negara kita tau.


Ini lah rupanya bas yang boleh guna Hokkaido Rail Pass. Kalau pakai Donichika Ticket hanya boleh cover subway sahaja, so sila bayar tambang bas kalau korang takde JR Pass. Sekali lagi, bas ni bernombor 15 dan kalau berhajat nak ke Okurayama, sila naik bas bernombor 14.


Ni lah antara pemandangan yang kami dapat setelah turun dari bas. Tempat ni tak sesak dengan kereta, kawasan pergunungan (obviously), terasa tenang je. Tambah pula dengan salji yang memutih dan pepohon yang terbentuk cantik. Recommended to those who love nature photography. 


Keadaan perumahan di kaki Okurayama. Rumah - rumah di Jepun takdelah sebesar mana tapi kami dapat mengagak mereka yang tinggal di area ni adalah dari kalangan yang agak berada berdasarkan dari keadaan rumah mereka yang kelihatan agak ekslusif berbanding perumahan biasa yang kami lihat sepanjang berada di Hokkaido.


Malang bagi kami kerana tak dapat bergambar di tempat ini kerana kebanyakan kawasan ditutup bagi memberi ruang untuk petugas dan atlet mengadakan persiapan sempena tournament yang diadakan pada hari tersebut.


Beginilah keadaan ski jump stadium. Kami tak berkesempatan untuk menaiki chairlift kerana ditutup kepada orang awam sempena pertandingan antarabangsa yang diadakan. Niat hati nak naik chairlift memandangkan cable car dah puas naik tapi tak tercapai juga. Andai bukan rezeki, begitu lah, nak kata apa lagi..


Kesimpulannya, kalau korang nak merasa naik chairlift ke puncak Okurayama better check jadual pertandingan sebelum membuat plan ke sini. Andai kata kami berjaya naik pada hari tersebut, pasti kenangan yang berbeza dapat dirasai. Satu lagi yang perlu diberi penekanan adalah tentang jadual perjalanan public transportation. Kalau lah hari tersebut tekak tak gatal rasa teringin ramen Hokkaido dan tahu pula tu bila perlawan berlansung dan berakhir di sini, pasti saya dah sajikan pada korang gambar atlet - atlet antarabangsa sedang beraksi di blog ni. Mungkin.. Naza kena pergi lagi agaknya?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...