daily planner



Stick-it notes

Saturday 16 April 2016

Hakodateyama - Mount Hakodate

Hari kedua kami di Hokkaido, kami pergi ke Hakodate. Jauh sebenarnya perjalanan dari Sapporo ke Hakodate, ambil masa dalam 3 jam 30 minit juga la kalau naik train. Memandangkan waktu Naza ke Hokkaido Jun 2015 Naza hanya tumpu di bandar Sapporo je, memang niat kali ni nak jalan jauh lah. Mujur kawan - kawan on dengan plan nak jalan jauh ni.


Train dari Sapporo ke Hakodate ni mempunyai kekerapan setiap sejam sekali. Tambang plak 8830JPY sehala. Kalau korang ada Hokkaido Rail Pass, boleh gunakan pass tersebut because perjalanan dari Sapporo ke Hokkaido is fully covered with the pass. Gambar ni adalah dari dalam train menghala ke Hakodate. Memang cantik dengan gunung - ganang dan tanah putih yang diliputi salji.


Pokok kaktus yang terletak kat rumah penduduk pun diseliputi ais. Waktu ni dah sampai Hakodate dah. Sesampainya kami kat Hakodate Station, benda pertama yang dibuat beli 1 Day Tram Pass. Pass ni berharga 600JPY yang boleh digunakan secara unlimited selama sehari. Pass boleh dibeli di Tourist Information Centre dalam Hakodate Station.


Dah beli pass kami pun menaiki tram ke Ropeway Station. Tram Stop paling dekat dengan ropeway station ni is Jujigai Tram stop. Kos untuk menaiki ropeway ni plak 1200JPY pergi balik. Kekerapan perjalanan ropeway ialah 15 minit. Sementara menunggu sila line up di tempat yang disediakan. Tolong jangan buat macam kita buat kat Malaysia, suka potong queue. Orang Jepun disiplin diaorang tinggi.


Sebelum naik cable car, korang kena scan tiket kat sini. Simpan tiket, jangan buang sebab lepas turun nanti pun kena scan tiket sekali lagi.


Ni pemandangan dari cable car sebelum bergerak ke atas. 


Tu la rupanya cable car yang beroperasi kat Mount Hakodate ni. Sebuah untuk naik dan sebuah untuk turun. Tak sebanyak kat Genting and of course, nak sampai puncak pun tak sejauh itu.


Cable car ni kat bawah memang see through ye, meaning kita boleh nampak pemandangan bawah kita. Sapa gayat mungkin rasa berdebar tapi kami masing - masing excited giler.


Kalau waktu malam pemandangan kat sini memang sangat awesome la tapi since kami just buat day trip, tak mungkin la kami nak stay sampai malam kat sini.


Ada juga direct bus yang boleh diambil untuk ke Mount Hakodate ni. Perjalanan sehala adalah sebanyak 400JPY. 


Kalau korang ada survey pasal Hakodate, mesti Hachimanzaka akan ada dalam suggested place to visit kan? Turun je dari Mount Hakodate boleh berjalan plak ke Hachimanzaka.


Saya takde kamera canggih, maka hasilnya taklah seberapa. Kalau korang ada gadget yang awesome dan ada skill yang bagus, ambil lah gambar di sini. Mesti hasilnya akan jadi superb.


Kami berjalan sehingga ke gigi air dari Ropeway Station. Yang ni gambar air laut tu tau. Nampak tak betapa jernih dan bersihnya air laut di Hakodate ni sampai boleh nampak clear isi dalamnya.


Kesimpulannya, tempat ni sesuai untuk korang yang minat pemandangan dan fotografi. Dinasihatkan juga untuk bermalam di Hakodate so that korang dapat melihat pemandangan dari Hakodateyama yang indah pada malam hari. A day trip from Sapporo memang boleh buat tapi agak penatla.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...