daily planner



Stick-it notes

Tuesday 29 December 2015

Nami Island

Kalau ke Korea Selatan memang tak sah kalau tak ke Namiseom, lokasi perfileman cerita Korea pertama yang mencetuskan fenomena di Malaysia, Winter Sonata. Berbekalkan semangat #Kpop yang tinggi, kami pun tidak ketinggalan utk sama2 menziarah tempat percintaan #Wintersonata ni. Dari guesthouse kami di Dongdaemun, kami mengambil subway dan seterusnya Korail ke Gapyeong Station. Setelah sampai ke Gapyeong, kami naik pula Gapyeong City Bus Tour yang mengenakan fare sebanyak KRW6000 per adult utk seharian. Kalau korang rasa nak melawat beberapa lokasi dalam sehari, better ambil city tour ni tapi kalau hanya nk ke #Namiseom, better naik teksi saja. Perhentian bas terletak di hadapan stesyen Gapyeong dan bayar tambang pada driver semasa naik bas. Setelah pembayaran dibuat, korang akan diberi satu gelang, pakai di tangan dan tolong jgn hilangkan. Setiap kali nak naik balik bas, kena tunjuk gelang tu kat driver. Dah sampai Namiseom, korang kena beli passport utk masuk. Passport tu sebenarnya tiketla, bayaran untuk foreigners KRW8000. Dengan passport tu, korang boleh naik bot ke Pulau Nami. Terdapat restoran makanan #halal kat sini, so jangan risau bab makan. Berbaloi tak pergi sini? Well, for me and my friends, tempat ni actually a bit #overrated mostly because it was a location for a very infamous drama tapi kami juga tak menafikan keindahan pulau ni, seronok tengok sang tupai berkeliaran di atas pulau dan tak terganggu dek kehadiran manusia yang ramai.
#mytravelgram #mytravelstory #throwbackkorea

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...