daily planner

Tuesday, 6 October 2015

Window of the World


Di Shenzhen, kami gunakan seharian di Taman Tema Window of the World. Ada yang bertanya kepada Naza apa yang ada dalam ni. Well, dalam WOW ni ada replika bangunan2 terkenal dunia. Selain tu, korang juga boleh lihat show dari beberapa region seperti tarian Aloha, African dance dan beberapa show lagi. Untuk tengok show, korang perhatikan waktu yang tertera pada leaflet yang korang dapat sebelum masuk ke dalam WOW
Cara nak ke sini dari Shenzhen Railway Station mudah je, just ambil metro Line 1 ke Window of the World Station. Bila kita exit stesyen WOW, kita akan nampak taman tema ni sebelah kita je.
Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak 180Yuan untuk dewasa. Bayaran tersebut tak termasuk bayaran kalau korang nak naik keretapi, naik "Eiffel Tower ", naik unta dan juga nak dapatkan passport WOW. Itu semua ada bayaran tambahan. Taman tema ini dibuka seawal jam 9 pagi dan sebolehnya datanglah awal kalu berhajat nak singgah sebab WOW ni kawasannya memang luas untuk korang cover.
Alang2 dah sampai, kami purchased WOW passport yang ada gambar monument serata dunia yang terdapat dalam WOW untuk kenangan. Sebuah passport harganya 30Yuan. Selain dari gambar, dalam passport juga ada stamp ala2 imigresen negara monument tu. Kami juga berbelanja lagi 30Yuan untuk naik ke tingkat teratas Eiffel Tower. Dari atas, kami boleh nampak pemandangan sekeliling WOW.
Segala keseluruhan, tempat ini berbaloi pergi jika korang jenis yang minat dengan monument terkenal dunia dan of course kalau korang minat architecture. Pihak WOW telah berusaha sebaik mungkin untuk imitate bangunan2 terkenal serata dunia namun sayangnya ada replika yang rosak dan ini mencacatkan sedikit keseronokan berada di tempat ni.
Info tambahan, toilet di dalam WOW agak bersih, bawa botol air untuk bersuci. Tiada makanan halal dalam WOW dan untuk solat juga tiada tempat khas namun korang boleh ke bahagian Jepun ada satu bangunan untuk sewaan kimono, cuba bertanya kepada staf bolehkah meminjam satu ruang kecil untuk korang solat sebentar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...