daily planner



Stick-it notes

Monday 5 October 2015

Guangzhou Hotel, Guangzhou


Semalaman kami di Guangzhou, kami telah menetap di Guangzhou Hotel. Kami dah booked hotel lain tapi memandangkan kami sendiri tersilap tarikh, kami terpaksa walk in mana2 hotel je dan setelah turun dari bas, kami nampak hotel ni.
Location wise, hotel ini memang agak strategik. Terletak bersebelahan Haizhu Square yang merupakan sebuah bangunan membeli belah dan stesyen Metro, sesiapa yang stay sini ada kemudahan untuk bergerak dengan mudah menggunakan metro. Berdekatan hotel juga terdapat banyak kedai untuk si kaki shopping. In fact, dalam bangunan hotel sendiri ada butik2 kecil yang menjual pakaian.
Harga korang boleh semak di website Booking.com. Naza dah lupa berapa bayaran semalam untuk satu bilik sebabnya waktu check in pakai nama travel mate, Naza cuma bayar bahagian Naza je padanya. Cuma, bagi Naza harga hotel ni tak banyak juga lah bezanya dengan harga bilik hotel seumpamanya di Malaysia.
Cuma satu saja peringatan untuk korang yang bercadang menetap di sini. Segala2 dalam bilik hotel kena bayar ye. Contohnya, kalau korang nak tengok tv, nak dapatkan siaran tv korang kena bayar. Kalau tak, melangutlah korang tengok siaran iklan metro berulang-ulang. Dan satu lagi benda PENTING yang korang perlu tahu. Jangan usik botol air mineral dalam bilik korang. Waktu masuk pastikan botol dalam bilik korang dalam keadaan baik. Maksud keadaan baik tu segala sticker bagai tak diusik.
Ni pengalaman kami sendiri waktu nak check out ~ dalam bil kami dicaj extra 6 yuan. Bila ditanya mana datang caj 6 yuan tu dan pihak hotel kata kami dah buka botol air mineral dalam bilik. Maka bermulalah drama kami menuntut kembali wang caj yang tak sepatutnya tu. Mereka bertegas yang plastik botol mineral dah diusik oleh kami dan kami yakin (sudah tentulah masing2 yakin sebab kami dah warning sesama sendiri yang kalau usik air tu kena bayar) kami memang tak usik langsung botol air tersebut. Memandangkan pihak hotel bertegas tidak mahu memulangkan wang kami, kami pun minta nak air mineral tu, biar kami ambil minum dari kami bayar membabi buta. Memang hairan bin ajaib bila kawan naik untuk ambil air, botol tersebut memang ada menunjukkan tanda diusik. Masalahnya, siapa yang usik? Jadi pengajarannya di sini, sila pastikan apa sahaja benda yang ada dalam bilik dalam keadaan elok and waktu nak check out tu kalau perlu, seorang kena tinggal bersama dengan pekerja mereka untuk tengok sekali keadaan bilik dan barangan dalamnya supaya tak terkena perbuatan khianat macam kami kena. Pada kami, bukanlah kedekut sangat nak beli air sampai 6 yuan tu tapi perbuatan 'magic' yang tak bertanggungjawab oleh pihak hotel memang buat kami rasa sakit hati yang amat.
Akhir kata, kalau ke Guangzhou please beware of scammers. Hotel yang sebegitu gah pun boleh menipu, ni kan pula kedai2 atau hotel kecil. Ingat lagi kan dalam entry sebelum ni Naza ada cerita pasal seorang peniaga kasut mula2 cakap kasutnya dari kulit babi tapi bila kami tak mau beli sebab haram tetiba dia cakap kulit lembu pula. Tu belum masuk beli sim card data internet sebanyak 180 Yuan tapi boleh guna seminit je internet. Padahal data patut ada 1G. 1G untuk seminit? Seriously?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...