daily planner



Stick-it notes

Friday 9 January 2015

Habuan dapat A dalam UPSR

Ok, cerita ni dah agak lama, tapi tertunggak nak ceritakan di blog sebab Naza Isma lebih suka cakap bab travel, jadinya entry pasal travel lah yang keluar dulu. Hehehe.
Dalam peperiksaan UPSR 2014 yang lepas, ada 2 orang murid kelas yang Naza Isma ajar dapat A. Sebelum exam lagi dah memang janji sapa dapat A akan dibawa makan-makan dan tengok wayang. Budak-budak kampung tempat Naza Isma ngajar memang tak pernah masuk wayang pun.
Bila keluar je result, maka yang patut claim hadiah pun claim la dari kita. Tapi kesian budak-budak ni. Cikgu depa kena pergi kursus dalam cuti sekolah pastu lepas habis kursus berjalan plak ke Bangkok. Makanya, janji ditunaikan beberapa minggu selepas results keluar.
Seperti yang dijanjikan, firstly Naza Isma bawa mereka ni makan-makan kat Aeon Taiping yang baru buka. Antara banyak-banyak kedai kat situ, mereka pilih restoran The Chicken Rice Shop. Bukanlah satu yang mengejutkan pun sebab kebanyakan budak sebaya depa ni memang suka makan ayam.
Pas makan kenyang, bawa tengok pula wayang cite kartun. Dah memang cakap dh, even cikgu belanja tengok wayang, hanya kartun je cikgu bagi tengok. Ye lah, cite lain takut plak mengarut-ngarut plak yang keluar. Yang kita bawa pula budak umur 12 tahun.
Dah habis tengok wayang belanja makan lagi dan hari tu tidur rumah cikgu la depa berdua. Esoknya baru hantar balik. Tahun ni nak janji apa plak dengan budak yang amik UPSR ntah. Ada sesiapa berminat nak janji sponsor hadiah UPSR 2015 plak untuk budak-budak kampung tempat Naza Isma ngaja ni? As a motivation, bagi ramai sikit dapat A tahun 2015 ni kan. Hehehe.. (macam la ada orang kaya nak baca blog aku ni)

P/s : GA My Perth Adventure masih berjalan. Jom join..













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...